in ,

Siapa Tersingkir di Konsert 3 Juara Malam Ini? 

Kita dah pun tengok sebanyak empat Konsert Battle 3 Juara selama empat minggu berturut-turut. Walaupun tak berkesempatan menonton secara live, Budiey rasa peserta dah jumpa identiti masing-masing.

Pada malam ini, Budiey berkesempatan untuk ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral untuk menemubual para peserta. Malam ni juga menjadi peluang terakhir untuk mereka menebus markah terakhir sebelum diumumkan siapa yang akan tersingkir.

Budiey rasa teruja sebab Budiey diberi peluang untuk menemubual penghibur Afgan secara eksklusif seusai Afgan membuka tirai Konsert 3 Juara malam tadi. Memang best lagu terbaru Afgan yang berjudul KU DENGANNYA KAU DENGAN DIA. Lagu cinta empat penjuru katanya. Kemudian Afgan berduet dengan Dato’ Rossa untuk lagu KAMU YANG KU TUNGGU.

Oleh kerana ini kali pertama Budiey datang cover 3 Juara, jadi Budiey banyak mengajukan soalan pengenalan kepada peserta. Yelah orang kata tak kenal maka tak cinta. Budiey hanya kenal Salma je dalam kelompok peserta. Yang lain memang tak pernah jumpa.

Kepada yang tersingkir tu jangan putus asa ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Akui Rapat Dengan Neelofa Belum Rancang Kahwin

Maulidur Rasul Anda Lebih Bermakna Bersama TV3 & TV9