in , ,

Fattah Amin Akui Rapat Dengan Neelofa Belum Rancang Kahwin

Pelakon Fattah Amin belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang selepas mengakui berkawan rapat dengan aktres Neelofa.

Fattah atau Abdul Fattah Amin, 26, berkata, buat masa ini dia mahu memberikan fokus kepada karier seni selain perniagaannya yang baharu sahaja mula bertapak.

Neelofa & Fattah Amin

“Buat masa ini tiada perancangan untuk menamatkan zaman bujang kerana saya mahu fokus kepada kerjaya selain perniagaan dan tanggungjawab sebagai duta produk terlebih dahulu,” katanya.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran pewangi AJ Parfum x Fattah Amin yang diadakan di sini, Khamis.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan hubungannya dengan Neelofa, Fattah berkata, dia selesa berkawan dengan wanita itu dan menyifatkan aktres berkenaan sebagai tidak lokek ilmu.

“Selepas selesai drama Suri Hati Mr. Pilot kami memang ada berjumpa untuk berbincang tentang kerjaya, projek dan klien.

“Jujurnya saya suka berkawan dengan dia (Neelofa) kerana dia tidak lokek berkongsi pengalamannya dalam bisnes walaupun dia seorang usahawan berjaya,” katanya.

Sementara itu, Fattah yang dilantik sebagai duta pewangi lelaki dan wanita jenama AJ De’Parfum memberitahu dia tertarik dengan bau wangian tersebut yang disifatkan menyenangkan sebagai sebab utama dia menerima tawaran sebagai duta.

Kata Fattah dia hanya mengambil masa singkat untuk menerima tawaran itu kerana yakin dengan produk berkenaan.

“Sebelum bersetuju saya mencuba terlebih dahulu produk berkenaan dan harumannya memang sesuai dengan saya.

“Ia juga dijual pada harga berpatutan dan mampu milik iaitu RM65 sebotol dan bagi yang berminat boleh mendapatkannya di stokis-stokis kami seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aiman Tino Terpaksa Tukar Lirik Perform di AJL31

Siapa Tersingkir di Konsert 3 Juara Malam Ini?