in ,

Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Kantoi Bersama Athirah Yuhada di Bazar

Nurul Shuhada Mat Shukri terima satu mesej dari seorang individu yang ternampak kelibat Hafidz Roshdi bersama Athirah Yuhada. Lah, masih berhubung rupanya..

Menurut laporan Harian Metro, perkongsian dari individu berkenaan juga turut disiasat bagi menyokong tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka.

Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung.

– Shuhada

Shuhada juga turut mengesahkan peguam yang mewakili Athirah ada menghantar surat tuntutan fitnah sebelum ini.

Selain dari peguam saya telah membalas kepada surat tersebut. Kami juga akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka.

– Shuhada

Semoga kebenaran akan menang! Apapun, semoga Shuhada kuat ya hadapi dugaan ini, tambah lagi di bulan mulia ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Individu Dedah Perangai Janna Nick, Tergamak ‘Sidai’ Orang 4 Jam

FARID KAMIL RAMBUT PANJANG

Farid Kamil Beri Respon, Diana Danielle Ada Bilik Tak Sesuai Untuk Anak Masuk