in ,

Shila Amzah Mengimbau Memori Manis Dapat Makan Angin di Hong Kong

Penulis lagu dan penyanyi yang memenangi anugerah tempatan, Shila Amzah, tidak asing lagi dalam dunia muzik. Terkenal dengan bakat berbilang bahasa beliau, Shila membesar dengan mendengar nyanyian artis Cantopop Leslie Cheung dan Anita Mui.

Shila memasuki adegan pop China pada tahun 2012 apabila beliau memenangi pertandingan nyanyian realiti Asian Wave di Shanghai, China. Selepas itu pengembangan kerjaya legenda beliau bermula. Pada awal tahun perkembangan kerjayanya satu dekad yang lalu, Shila menetap di Hong Kong dari tahun 2012 hingga 2014.

Berikutan Hari Raya yang menghampiri, Shila berkongsi pengalaman hidupnya di luar negara dan bagaimana beliau meluangkan masa semasa Ramadan dan Raya di Hong Kong

Shila paling merindui Malaysia pada bulan Ramadan kerana beliau tahu beliau tidak akan dapat menyambut Raya dengan keluarga dan rakannya di Malaysia. Beliau amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan masyarakat di Hong Kong yang mana beliau boleh menghabiskan masa semasa Ramadan. 

Perhimpunan Ramadan yang paling tidak dapat dilupakannya di Hong Kong adalah apabila beliau berbuka puasa di Kedutaan Besar Malaysia bersama rakan-rakan Malaysia dan orang Islam yang lain. 

“Ia sangat menyeronokkan dan menggembirakan kerana saya rindukan kampung halaman ketika itu; mereka begitu ramah menjemput saya makan malam untuk berbuka puasa dan solat bersama. Itu sangat bermakna bagi saya.”

Photo 12 - HK Skyline (Night)
Langit Hong Kong pada waktu malam

Sebagai wadah tumpuan budaya yang berbeza, kepelbagaian bangsa di Hong Kong juga membantu Shila untuk yakin dan berjaya di bandar tersebut sebaik saja beliau berpindah ke Hong Kong. “Dengan begitu ramai ekspatriat di Hong Kong, penduduk tempatan mempunyai pendedahan terhadap budaya dan bangsa yang berbeza dalam kehidupan seharian mereka, sesuai dengan gelarannya sebagai Bandar Dunia Asia (Asia’s World City). Oleh itu walaupun sebagai ekspatriat Islam Malaysia, saya berasa sangat selesa ketika berada di Hong Kong dan saya sangat gembira dan bersyukur kerana saya telah membuat pilihan yang tepat untuk mengembangkan kerjaya saya di sana.”

Photo 9 - Fringe Club
Shila menikmati pemandangan Fringe Club

Walaupun orang Islam adalah minoriti di Hong Kong, dengan komuniti 300,000 umat Islam di bandar tersebut, masih terdapat pilihan yang baik untuk restoran, kedai dan pasar Halal untuk orang Islam. Pelancongan Halal sentiasa menjadi salah satu tumpuan Lembaga Pelancongan Hong Kong dan banyak usaha telah dilakukan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai sebuah destinasi pelancongan Mesra Muslim. 

“Pada pendapat Shila, Hong Kong memang secara beterusan meningkatkan layanan mesra untuk menyambut pelancong orang Islam. Dan sebagai syurga makanan, terdapat banyak pilihan makanan untuk masyarakat Islam yang tinggal di Hong Kong.” 

Shila akan sering mengunjungi restoran Halal berhampiran Hotel Gold Coast di mana beliau akan memesan item kegemarannya di menu mereka iaitu “Biryani yang terhebat”. Jika beliau teringin makanan tempatan Hong Kong, beliau akan pergi ke Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju Sadick di Wan Chai untuk mendapatkan makanan Dim Sum dan makanan China asli mereka.

“Walaupun saya biasanya memasak di rumah pada bulan Ramadan, kadang-kadang jika saya tidak berasa nak memasak, saya akan makan di restoran Halal di kawasan kejiranan saya dengan selesa. Agak banyak restoran mesra Muslim yang menyajikan setiap hidangan yang saya impikan. Contohnya, di sepanjang jalan di kawasan Wan Chai dan Teluk Causeway terdapat beberapa restoran Turki, dan di kawasan Kowloon pula terdapat beberapa kedai makan Indonesia dan Malaysia di mana saya boleh memenuhi keinginan Nasi Goreng saya.” 

Photo 10 -Ammar Mosque and Osman Ramju Sadick Islamic Centre far (Credit - Ammar Mosque)
Photo 17 - Halal Dim Sum Halal DimSum at Islamic Center Canteen (photo credit_ HHWT)
Halal DimSum di Kantin Islamic Center – bersebelahan dengan Masjid Ammar

Sebagai seorang artis, Shila sentiasa mencari inspirasi dari kawasan persekitarannya. Salah satu tempat kegemaran Shila di Hong Kong adalah kawasan pelabuhan Wan Chai. “Saya suka berjalan-jalan pada waktu petang untuk menikmati pemandangan pelabuhan yang mengagumkan yang benar-benar memberi inspirasi kepada saya; bagi Shila, pada waktu malamlah yang Hong Kong paling bersinar.”

Photo 4 - Shila Amzah infont of HK Skyline

Satu lagi tempat kegemaran Shila adalah Masjid Kowloon, di mana beliau menikmati seni bina Islam klasik yang terletak di tengah-tengah kawasan membeli-belah Tsim Sha Tsui yang sibuk. “Semasa di sana, saya akan mengagumi kubahnya yang indah, menara dan tingkap berkisi yang sangat terperinci kerana ia sangat santai dan juga memberi inspirasi bagi saya .” 

Photo 14 - Kowloon Masjid P (Credit - Kowloon Masjid)
Masjid Kowloon
Photo 8 - (Tsim Sha Tsui) Harbour City 2
Pusat membeli-belah Tsim Sha Tsui

Dalam mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan, Shila tidak pernah lupa untuk berehat daripada jadual kerjanya yang sibuk. Bagi senaman yang menyeronokkan dan baik, beliau akan pergi ke Ocean Park Hong Kong, salah satu tarikan utama Hong Kong yang turut menyediakan restoran Halal dan bilik solat. “Sesiapa yang pergi ke Hong Kong juga harus melawat Ocean Park, memang seronok sangat untuk berinteraksi dengan pelbagai haiwan dan menikmati pacuan yang menguja. Ocean Park juga sesuai untuk pelancong dari semua peringkat umur!”

Photo 6 - Ocean Park Main Entrance
Restoran yang disahkan halal di Ocean Park
Photo 9 - Ocean Park cafe (Halal)

Terkenal dengan gaya dan tudungnya yang berwarna-warni, ikon inspirasi fesyen untuk wanita muda Islam di seluruh dunia ini juga mempunyai cinta rahsia untuk kasut sniker. “Bagi membeli-belah, saya sangat menyukai ‘Sneakers Street’ di Mong Kok. Ia sentiasa menerujakan saya apabila saya mencari kasut terkini yang bergaya, dan edisi terhad serta khas bagi kasut sniker pereka bentuk. Malah saya telah membawa beberapa rakan ke sana dan menjadi pemandu pelancong untuk membeli kasut.”

“Jika anda benar-benar ingin melibatkan diri di tempat baharu, anda perlu menghabiskan masa dengan hanya berada di sana; berada bersama orang ramai tempatan, mencuba makanan baharu dan meluangkan masa untuk mempertimbangkan dan memahami orang tempatan. Berjalan di sekitar bandar adalah cara terbaik untuk benar-benar melihat semuanya. Shila benar-benar tak sabar untuk melawat Hong Kong apabila sekatan perjalanan ditarik semula.”

Pelancongan Hong Kong mempunyai halaman khusus untuk Pelancong Muslim Maklumat lanjut sila lawati https://www.discoverhongkong.com/seasia/explore/muslim-travel.html

Ocean Park adalah salah satu taman tema terbesar di Hong Kong yang mesra Muslim. Bagi maklumat lanjut sila lawati https://www.oceanpark.com.hk/en/park-information/news/new-choice-added-halal-food?ref=nav-from-1_oceanpark-custom-menu

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Astro Citra Tampilkan Drama Hebat Daripada Singapura Berjudul FORENSIK

Bosan Terpaksa Berkurung di Rumah, RTM Sediakan 11 Filem Menarik Sepanjang Syawal