in , ,

Bosan Terpaksa Berkurung di Rumah, RTM Sediakan 11 Filem Menarik Sepanjang Syawal

Nah! Oleh kerana kita diarahkan tidak kemana-kemana, hanya dapat berkurung je dekat rumah, apa kata korang boleh layan 11 buah filem yang disediakan oleh RTM.

Koleksi filem antarabangsa, tempatan, dan cereka Asia bakal menemani penonton saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Aidilfitri ini bermula malam raya hingga raya keempat yang disiarkan menerusi tiga saluran TV1, TV2 dan TV Okey. Justeru pilihan di tangan anda seisi keluarga untuk menyaksikan senarai 11 filem pelbagai genre ini dalam meraikan Syawal bersama-sama yang tersayang. 

“Surf This Love” (12 Mei ini, 8.00 malam, TV Okey)

Billy, seorang yang sangat meminati sukan luncur air, dan memasang impian untuk bertanding menjadi peluncur air profesional. Keazaman Billy bertambah kuat dengan kedatangan Mia dan Mike ke Pulau Tioman.

Pelakon: Shukri Yahaya, Cristina Suzzane, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan dan Mustaqim Bahadon.

“Terminator Genisys” (12 Mei ini, 9.00 malam, TV2)

John menghantar Kyle kembali ke tahun 1984 untuk melindungi ibunya, Sarah daripada dibunuh. Apabila garis masa telah diubah, Kyle memintanya untuk pergi ke tahun 2017 bagi menghentikan sebuah sistem AI yang ingin menghancurkan manusia.

Pelakon: Arnold Schwarzenegger, Jason Clarke dan Emilia Clarke.

“Bumblebee”(13 Mei ini, 3.00 petang, TV2)

Semasa Perang Saudara Cybertron, Optimus Prime menghantar Autobot B-127 ke Bumi untuk membina pangkalan supaya mereka dapat berkumpul semula. B-127 yang sedang bersembunyi di sebuah tempat pelupusan kenderaan kemudian bertemu dan berkawan dengan seorang gadis bernama Charlie yang menggelarnya Bumblebee.

Pelakon: Hailee Steinfeld, Jorge Lendeborg Jr., dan John Cena.

“Upin & Ipin : Jeng Jeng Jeng!” (13 Mei ini, 9.00 malam, TV2)

Balqis anak yatim piatu yang tinggal di rumah jagaan anak yatim amat gemarkan watak animasi Upin dan Ipin. Ketika mendapati rumah anak yatim yang didiaminya akan diambil oleh tuan empunya tanah, hatinya luluh dan sedih. Kerana marah, Balqis meminta pertolongan dari Upin dan Ipin dalam usaha menyelamatkan rumah jagaan tersebut. Berjayakah mereka? 

Pelakon: Asyiela Putri Azhar , Puteri Balqis, Awie , Remy Ishak , Sara Ali , dan Gambit.

“Mat Biec A.K.A Dreamy Eyes” (14 Mei ini, 3.00 petang, TV2)

Sebuah filem mengisahkan kisah cinta lelaki muda, Ngan yang bertepuk sebelah tangan dengan si gadis yang berkawan dengannya semenjak kecil.

Pelakon:  Trúc Anh, Tran Nghia, Tran Phong, dan Khanh Van.

“Railroad Tiger” (14 Mei ini, 9.00 malam, TV2)

Kisah perjuangan seorang pekerja kereta api di China pada tahun 1941 yang mengetuai pasukan pejuang kemerdekaan menentang Jepun demi mendapatkan makanan untuk orang miskin.

Pelakon: Jackie Chan, Jaycee Chan, Zitao Huang

“Cinta Laki-Laki Biasa” (15 Mei ini, 11.00 malam, TV2)

Nania yang berasal dari keluarga kaya jatuh cinta dengan Rafli, seorang lelaki biasa. Malangnya perhubungan mereka ditentang oleh ibu Nania. Cinta mereka diuji dengan pelbagai ujian. Berjayakah keduanya menempuh dugaan demi kebahagiaan?

Pelakon: Velove Vexia, Deva Mahenra, Nino Fernandez, Dhini Aminarti, Dewi Yull, Ira Wibowo.

BIKERS KENTAL 2

“Bikers Kental 2” (16 Mei ini, 2.00 petang, TV2)

Setelah enam tahun berlalu, Bidin Al-Zaifa kini sudah mempunyai sebuah kedai motosikal. Dia kini dilamun cinta dengan Cherry Porntit, seorang wanita Thai di Hatyai. Bidin melamarnya tetapi abang Cherry, seorang juara Muay Thai, tidak bersetuju adiknya berkahwin dengan Bidin. Malah, musuh lama Bidin iaitu Al Buqerk sedang memburunya untuk selesaikan hutang lama. Dengan bantuan rakannya Eddy dan Aidil, mereka sekali lagi bertolak ke Thailand dengan motosikal, kali ini untuk memenangi cinta dan melawan musuh!

Pelakon: Zizan Razak, Dato Afdlin Shauki, Dato Awie, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem.

“Untuk Tiga Hari” (16 Mei ini, 8.00 malam, TV Okey)

Mengisahkan dua pasangan yang bercinta namun terpaksa berkahwin mengikut pilihan keluarga masing-masing dengan syarat perkahwinan mereka hanya untuk 3 hari sahaja. Apakah yang terjadi dalam perkahwinan yang singkat itu? 

Pelakon: Afdlin Shauki, Vanida Imran, Rashidi Ishak, dan Ayu Raudah.

“Mujhse Shaadi Karoge” (16 Mei ini, 9.00 malam)

Setelah tunangnya, Romi meninggalkannya kerana perangai buruknya, Sameer bergerak dari Mumbai ke Goa untuk belajar mengawal kemarahannya. Bekerja sebagai pengurus rumah pantai, Sameer jatuh cinta dengan pereka fesyen jiran Rani tetapi tidak dapat bergaul dengan ayahnya, Dugraj. Percubaan Sameer untuk merayu Rani semakin terganggu oleh rakan sebilik barunya, Sanny yang bertekad untuk menikahi gadis itu sendiri.

Pelakon: Amrita Arora, Salman Khan, Priyanka Chopra, Amrish Puri, dan Akshay Kumar.

KUNG FU PANDA 3

“Kung Fu Panda 3” (16 Mei ini, 9.00 malam, TV1)  

Menjalani kehidupan yang besar dan penuh kasih, Po menyedari bahawa dia harus banyak belajar jika dia akan memenuhi cabaran seterusnya dari instruktur kesayangannya. Setelah bersatu kembali dengan ayahnya yang sudah lama hilang, Po mesti beralih dari pelajar menjadi guru dan melatih sekumpulan panda yang suka bersenang-senang, untuk menjadi pejuang seni mempertahankan diri. Bersama-sama, saudara kung-fu bersatu untuk melawan Kai yang jahat, seorang pejuang supernatural yang menjadi lebih kuat pada setiap pertempuran.

Pelakon: Jack Black, Dustin Hoffman, Bryan Cranston, dan J.K. Simmons.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Shila Amzah Mengimbau Memori Manis Dapat Makan Angin di Hong Kong

Kopratasa Suntik Nafas Baru, Rakam Semula Lagu Raya Pertama Tahun 1936