in

Shila Amzah Calon Pemenang World Best Female Artist World Music Awards 2012

Penyanyi Shila Amzah sekali lagi bakal membawa nama Malaysia ke persada hiburan global. Budiey ucapkan tahniah buat Shila Amzah kerana telah tersenarai sebagai calon utama dalam kategori World Best Female Artist untuk World Music Awards 2012.

[dropcap]B[/dropcap]udiey kira ini adalah kali pertama negara kita mendapat perhatian dan telah disenaraikan sebagai calon utama dalam kategori bertaraf antarabangsa.

[pullquote align=”right”]Populariti Shila Amzah semakin menular bukan sahaja di Malaysia dan Asia tapi segenap pelusuk dunia.[/pullquote]

Okay, jom kita bayangkan jika nama Shila Amzah diumumkan sebagai pemenang anugerah ini, sudah pasti nama Malaysia akan harum dan akan disebut-sebut pesaing kepada bintang bertaraf antarabangsa. Nama Shila Amzah akan menjadi sebutan seluruh dunia. Populariti Shila Amzah semakin menular bukan sahaja di Malaysia dan Asia tapi segenap pelusuk dunia. Yang pasti, rumah kedua Shila Amzah bukan sahaja di China malah mungkin akan menular ke Amerika Syarikat setaraf dengan Yuna? Atau sekurang-kurangnya, akan mendapat perhatian dari komposer atau syarikat rakaman dari sana? Tercalon pun, kira dah satu impak buat Shila sebab bukan calang-calang penyanyi yang akan masuk dalam senarai. Rezeki pasti berada di tangan beliau. Makin sibuklah Shila lepas ni. Mmm, pasti ramai yang akan membayangkan bayaran show Shila Amzah juga akan meningkat lagi? Dengarnya, kalau misalnya sekarang bayarannya persembahannya seminit seribu, lepas ni, kalau menang mungkin RM2,000 seminit, cam tu? Itu pun kalau menang. Tapi Budiey yakin Shila Amzah akan menang. Memang Budiey pun tumpang gembira. Dah tercalon pun Budiey rasa bangga dengan kejayaan ini. Korang rasa, Shila Amzah menang tak?

world_music_awards
[dropcap]P[/dropcap]elantun Patah Seribu ini menandingi 40 calon hebat yang lain sekaligus akan bersaing dengan bintang hebat bertaraf antarabangsa seperti Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink, Kelly Clarkson, Madonna, Beyonce dan ramai lagi.

Memasuki edisi ke 23, World Music Award adalah majlis anugerah yang mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album dan lagu di seluruh dunia. World Music Awards 2012 di jadual berlangsung pada 20 Disember ini di Miami, Florida.

Walau apa pun mekanisme untuk seseorang artis itu membawa pulang World Music Awards, selamat maju jaya kami ucapkan buat Shila Amzah.

Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single Kedua Angel Dust Lynnzay Dikaitkan Dengan Dadah?

Sundance Channel Siar Konsert 12-12-12 Madison Square Garden