in

Sundance Channel Siar Konsert 12-12-12 Madison Square Garden

“12-12-12” MENJADI PERISTIWA GLOBAL

SIARAN LANGSUNG INI BAKAL MENGUKIR SEJARAH SEBAGAI TAYANGAN ACARA MUZIKAL TERLUAS BUAT PERTAMA KALINYA

2 BILION ORANG DARIPADA 190 NEGARA DAPAT MENGAKSESNYA MELALUI RADIO, TELEVISYEN DAN INTERNET

RAKAMAN TEMURAMAH PARA ARTIS “12-12-12” BOLEH DIMUAT TURUN SEBELUM BERLANGSUNGNYA KONSERT BERSEJARAH DI MSG

Penerbit “12-12-12” baru-baru ini mengumumkan konsert di Madison Square Garden, New York pada 12 Disember 2012 bagi membantu mangsa Taufan Sandy.

Konsert ini akan mencatat sejarah kerana ditayangkan secara global seperti Super Bowl, Academy Award®, dan Grammys, satu perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

konsert
Hampir 2 bilion orang daripada 190 negara akan dapat mengakses “12-12-12″ di televisyen, radio dan internet. Konsert yang dibawakan oleh Chase ini akan ditayangkan kepada semua 114 juta televisyen rumah di Amerika Syarikat dan lebih daripada 400 juta televisyen rumah antarabangsa melalui rangkaian di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Afrika, Asia dan Australia.

Konsert ini akan disiarkan secara langsung di Malaysia melalui Sundance Channel pada 13 Disember jam 8:30 pagi dan siaran ulangan pada 14 Disember jam 10:00 malam. Konsert ini juga akan ditayangkan melalui pelbagai rangkaian di Malaysia dan seluruh dunia. Sila lihat senarai edaran penuh pada akhir pengumuman untuk mendapatkan maklumat tambahan.

[pullquote align=”right”]Konsert ini akan disiarkan secara langsung di Malaysia melalui Sundance Channel pada 13 Disember jam 8:30 pagi.[/pullquote]

Selain itu, acara ini akan menjadi lebih bersejarah kerana turut ditayangkan secara live streaming melalui perkhidmatan video dalam talian terbesar di dunia, termasuk YouTube, AOL, Yahoo, Hulu, dan lain-lain. Melalui gabungan ini, perkhidmatan video streaming ini mampu mencapai lebih dari 1.4 bilion pengguna bulanan yang unik di seluruh dunia.

Di samping itu, Clear Channel Media and Entertainment, dengan bilangan pendengar bulanan 239 juta dan lebih daripada 48 juta bulanan pendengar unik digital, akan menyiarkan konsert secara langsung di stesen radio itu di seluruh AS. Siaran video stream secara langsung juga akan dibuat di iHeartRadio, yang merupakan perkhidmatan radio digital Clear Channel, dan di seluruh laman web dan laman Facebook bagi kesemua 850 stesen mereka.

Pihak penganjur telah mengumumkan Rolling Stones turut menyertai barisan bintang-bintang dan ikon selebriti terkemuka, termasuk Bon Jovi, Eric Clapton, Dave Grohl, Billy Joel, Alicia Keys, Chris Martin, Bruce Springsteen & E Street Band, Roger Waters, Eddie Vedder, Kanye West, The Who dan Paul McCartney. Satu senarai baru selebriti-selebriti yang terlibat juga telah dikeluarkan, termasuk Steve Buscemi, Jessica Chastain, Chelsea Clinton, Sean Combs, Billy Crystal, Leo DiCaprio, Jimmy Fallon, Jake Gyllenhaal, Karlie Kloss, Seth Meyers, Bobby Moynihan, Chris Rock, Adam Sandler, Susan Sarandon, Jon Stewart, Kristen Stewart, Quentin Tarantino, dan Brian Williams.

Para penerbit rancangan ini, James Dolan, John Sykes dan Harvey Weinstein telah mengeluarkan kenyataan bersama: “Kami berbangga untuk untuk mengatakan bahawa konsert ini sudah mencatat rekod tersendiri, tayangan yang hampir ke seluruh dunia. Tayangan besar-besaran ini bermakna bahawa konsert itu akan ditayangkan kepada sesiapa di planet ini yang berdekatan dengan televisyen, radio, ‘smartphones’, tablet, komputer atau alat-alat internet yang berkaitan.”

Terima kasih kepada kemurahan hati penganjur konsert, penaja, dan lembaga pengarah Robin Hood, setiap sen daripada pembelian tiket dan derma akan diberikan kepada mangsa Taufan Sandy melalui Tabung Bantuan Robin Hood. Tabung Bantuan Robin Hood menyediakan wang, material dan maklumat untuk organisasi tempatan yang sedang berkhidmat kepada keluarga dan individu di kawasan yang paling teruk dilanda oleh ribut.

Bagi mendapatkan maklumat terkini “12-12-12,” termasuk bagaimana untuk menderma kepada Tabung Bantuan Robin Hood, sila layari www.121212concert.org.

Rakaman wawancara Billy Joel dan Alicia Keys sekitar kesan Taufan Sandy dan penglibatan mereka dengan “12-12-12” kini boleh diakses para wartawan sebelum konsert berlangsung. Rakaman ini adalah sedia untuk dimuat turun dan disunting untuk penyiaran radio, dan penggunaan dalam talian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Calon Pemenang World Best Female Artist World Music Awards 2012

Fish Tank Kings on Nat Geo WILD