in ,

Seni konsep ‘Avatar 3’ Dedah Lokasi Baharu Pandora Yang Diterokai

Avatar: The Way of Water membawa penonton meneroka suku Na’vi yang tinggal di kawasan lautan. Dikenali sebagai Metkayina, suku laut itu telah membantu Jake dan Neyteri serta keluarganya bersembunyi dari penceroboh manusia.

Dikala filem kedua menyaksikan James Cameron memperkenalkan dunia luatan Pandora, sekuelnya yang akan datang, Avatar 3 dijangka lebih menarik dengan Cameron menggoda suku baharu Na’vi yang dikenali sebagai Ash People. 

Walaupun Avatar 3 telah dirakam, kita masih tidak dapat membayangkan bahagian mana di Pandora yang menjadi tempat tinggal Ash People. 

Susulan pelancarkan Avatar: The Way of Water di platform digital, beberapa karya seni konsep baharu telah dikongsikan di atas talian, terutamanya media sosial. 

karya seni yang dikongsikan itu agak menarik kerana ia memberi gambaran tentang apa yang berlaku dalam sekuel akan datang, serta memperlihatkan kawasan Pandora yang berbeza, yang mungkin kita semua tidak pernah lawati sebelum ini. 

Terdapat persekitaran yang kelihat seperti kawasan gunung berapi, yang mungkin menjadi tempat tinggal Ash People, berserta beberapa kawasan gurun dan juga artik. Nampaknya lebih banyak kawasan Pandora akan dterokai dalam sekuel-sekuel yang akan datang, dan pastinya kita tertanya-tanya apakah sumber berharga dikawasan tersebut yang dieksploitasi oleh RDA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAM BUNKFACE

“Tak Ada Wanita Yang Mahu Lalui Pengalaman Ini” – Bekas Isteri Sam Bunkface

DIANA DANIELLE BERTUDUNG

“Kenapa Suruh Failkan Mohon Buang Nama You Dari Surat Beranak Anak?”