in ,

Ini Senarai Peserta Akademi Fantasia 9, Adakah Ini AF Yang Terakhir?

Bersedia untuk afundi? Nah, pengumuman senarai peserta & pelajar AF9 telah diumumkan semalam. Aida, Laika, Nera, Miza, Eka, Lena, Amir, Afif, Raqib, Kay, Erul dan Azri akan berentap merebut juara atau pemenang utama Akademi Fantasia 9.

Majlis sidang media dan pengumuman berlangsung di Jusco AEON Setiawangsa semalam jam 3 petang. Kelainan kali ini, program Diari AF9 akan dirakamkan secara terbuka dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa. Bermakna orang ramai boleh melihat telatah dan kerenah peserta AF9 secara langsung di depan mata.

AF9

KUALA LUMPUR: Astro pada Isnin memperkenalkan 12 pelajar Akademi Fantasia kesembilan (AF9) termasuk lima barisan tenaga pengajar termasuk dua muka baru.

Para pelajar pada kali ini ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir – Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri – Selangor), Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul – Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay – Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib – Melaka).

Turut serta adalah Nur Suhada Jebat, 19, (Aida – Melaka), Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka – Kuala Lumpur), Zulaika Zahari, 22, (Laika – Selangor), Lenaber Haidir, 21, (Lena – Sabah), Roshammizah Rosli, 28, (Miza – Selangor) dan Queennera Francine Francis, 19, (Nera – Sabah).

AF9

Tenaga pengajar baru pula ialah Adlin Aman Ramli sebagai guru seni persembahan dan Ning Baizura (guru vokal persembahan) Sementara tenaga pengajar lain termasuklah Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris) yang memasuki tahun ke-8 bersama-sama AF kecuali AF4, cikgu Syafi atau nama sebenar Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian).

Buat pertama kalinya dalam sejarah AF, program Diari AF9 akan dirakamkan dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa.

Diari AF9 akan disiarkan bermula 4 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 hingga 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

Akademi Fantasia 9

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pemilihan lokasi tersebut dilakukan secara terbuka kerana mahu memberikan peluang peminat menonton sesi pembelajaran 12 pelajar AF9 secara dekat.

Tambahan pula, Jusco AEON Setiawangsa dirasakan sesuai untuk menempatkan pelajar dan tenaga pengajar bermula waktu pagi hingga petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dalam rumah lut sinar.

Para pelajar akan ditempatkan di suatu lokasi lain untuk tidur pada waktu malam.

“Kami mencari pendekatan baru untuk penonton untuk penonton menonton Diari AF sambil mereka boleh mengambil gambar secara langsung.

“Bagaimanapun, para pelajar tidak bebas untuk keluar dan masuk dari rumah tersebut kerana sepanjang masa mereka perlu dikurung untuk belajar melainkan boleh keluar untuk solat dan ke tandas.

“Seperti dahulu, jurukamera akan merakam pergerakan pelajar dan tenaga pengajar di dalam rumah tersebut untuk ditonton di Diari AF. Malah penonton juga boleh menonton program itu menerusi laman sesawang rasmi www.akademifantasia.com.my secara langsung,” ujar Azlin ketika sidang media AF9 di Restoran Sakura, Jusco AEON Setiawangsa, Isnin.

Juara AF9 bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah sampingan yang akan diumumkan kemudian.

Selain itu, musim terakhir ini juga bakal menyaksikan kepulangan pengacara tersohor yang begitu sinonim dengan keluarga AF iaitu Aznil Nawawi untuk mengendalikan Tirai AF, Kenangan Afnil, Diari AF dan Konsert AF.

Pengumuman pengetua AF9 bakal diumumkan di Tirai AF pada 2 April ini, secara langsung pukul 9 malam dari Jusco AEON Setiawangsa, Konsert AF (setiap Sabtu, pukul 9 malam mulai 9 April) dan Kenangan Afnil (setiap Sabtu, pukul 8.30 malam bermula 2 April ini).

Kenangan Afnil merupakan gabungan antara akronim AF dan nama Aznil di mana Afnil akan mengimbas kembali detik-detik kenangan AF dari musim pertama hingga musim ke-8.

Selamat maju jaya buat semua pelajar AF9.

Budiey: Budiey dengar, belum apa-apa lagi pelajar AF9 dah kena kecam dan dihentam. Kan dah kenapoooo? Nak kecam bagai ni dah kenapa? Nanti, macam biasalah, ada kesalahan masa silam pelajar AF9 ni digali dan dikorek untuk tatapan umum. Lumrah orang yang akan jadi selebriti katakan. Kalau tak kena gossip memang tak sah. Yang pasti, mampukah mereka control macho atau maintain ayu sepanjang masa kerana gerak geri mereka diperhatikan oleh orang luar. Tak kurang juga ada mengatakan idea mempamerkan pelajar di sangkar kaca di Aeon Jusco ini satu idea yang kelakar. Bagi Budiey, okay apa sangkar kaca ni, sekurang-kurangnya elok untuk famili atau kawan-kawan rapat pelajar ni, kalau rindu, boleh datang jengok. Walaupun tak boleh jumpa, sekurang-kurangnya, lepas rindu pun jadiklah. Tapi kesian la nanti kat penduduk kat sana sebab mungkin jalan akan jadi jammed. Itu pun kalau AF9 kali ini berjaya menjadi fenomena. Apa-apa pun, lebih kurang untuk musim terakhir ni, AF9 memberikan unedited version. Segala paparan dalam diari AF9 tu boleh disaksikan secara live depan mata. Kalau dulu, pernah Astro menawarkan servis video unlimited. Kena bayar RM10 untuk seminggu. Tak silap lah. Tapi sekarang, nah, korang kena datang Jusco je nak tengok budak-budak AF9.

Dalam ramai-ramai, Budiey kenal dengan Erul atau namanya Khairul. Pernah ada album single dan dulunya pernah menyertai Mentor di TV3. Selain itu, adik kepada Diddy Hirdy juga berjaya menjadi pelajar AF9. Azri pula sebelum ini pernah menyertai MyStarz LG dan vokalis Breakfast Band. Ini juga kali pertama ada 2 orang pelajar dari Melaka. Kompem, ramai orang Melaka support AF9 kali ni.

Persoalan yang belum terjawab, siapakah yang akan menduduki kerusi panas pengetua untuk AF musim 9 ini? Ramai yang kata, Amy Search. Betul ke?

AF9
AF9
AF9
AF9
AF9
AF9
AF9
AF9

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. WOW…BOLEHLA g tengok sapa yg dekat…
    hai peserta sblh utara langsung xde ker???
    terbaikla AF9…maklumla dah last AF dah…mesti nk buat yg terbaikkk

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maharaja Lawak

Alibi Music Lancar Facebook dan Lagu Percuma