in

Maharaja Lawak

SIARAN LANGSUNG MAHARAJA LAWAK MINGGU 1

Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat. Hampir kesemua finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga ke lima mulai 1 April 2011 ini akan digabungkan dalam satu pentas.

Konsep dan formatnya masih sama dengan program Raja Lawak. Cuma bezanya kali ini, para peserta bukan sekadar ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian penonton menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tetapi ianya akan diadili dengan pemarkahan daripada pihak juri sebanyak 50 peratus.

maharaja lawak

Kali ini peserta Maharaja Lawak boleh menyertainya secara individu atau berkumpulan asalkan peserta berkumpulan tidak melebihi daripada 3 orang anggota. Selain itu, mereka juga diberi kebebasan untuk bergerak dan tidak lagi ditempatkan di mana-mana lokasi khas selain diberi masa selama seminggu lebih awal untuk membuat persediaan sendiri.

Johan dan Zizan yang bakal berentap sebagai satu kumpulan yang diberi nama Jozan mengakui mereka lebih senang untuk bergerak berdua daripada berseorangan dalam Maharaja Lawak. Antara peserta lain yang bakal berentap ialah Nabil, Jihan, Amir, Alex, kumpulan Sepah, Kecik & Idlan, XN3, Yus & Tauke.

Bersama AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, ayuh sama-sama kita ikuti pertarungan hebat ini bersama barisan pengkritik tetap yang hanya akan diumumkan sewaktu episod minggu pertama Maharaja Lawak kelak.

Siaran langsung minggu pertama Maharaja Lawak akan diadakan di Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Ulu Klang, 68000 Ampang pada 1 April ini, hari Jumaat, 10 malam di Astro Warna. Kepada pembaca yang nak tengok secara live pun boleh. Terbuka pada orang ramai. Tapi tempat duduk tu terhad sangat. Kalau berbaloi tengok lawak jenaka lucu dari peserta, silakan beramai-ramai penuhkan studio pada hari Jumaat ini.

Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000.

Tiga juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan bakal diumumkan pada minggu pertama Maharaja Lawak.

Siaran langsung akan bermula tepat jam 10.00 malam. Jadi, peminat yang nak datang, sila ambil tempat di dalam studio selewat-lewatnya jam 9.45 malam.

Agak-agak, siapa yang akan menjadi juara Maharaja Lawak Astro ni ya? Kalau semua bekas peserta Raja Lawak diberi peluang untuk bertanding sekali lagi, kenapa tidak dibuka peluang kepada semua bekas peserta Akademi Fantasia?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem THE LAST DRAGON Sensasi Selebriti

Ini Senarai Peserta Akademi Fantasia 9, Adakah Ini AF Yang Terakhir?