in

Alibi Music Lancar Facebook dan Lagu Percuma

LANCAR SEMULA FACEBOOK DAN LAGU PERCUMA SEMPENA ULANGTAHUN

Pada Jumaat, 25 Mac 2011 lalu, laman social Facebook Alibi Music (www.facebook.com/AlibiFB) yang telah dikemaskini, dilancarkan semula sempena ulangtahun pertama syarikat rakaman tersebut.

Alibi Music adalah satu-satunya label musik tempatan yang menerajui penggunaan Media Baru sejak kira-kira dua tahun lalu di bawah jenama Metadome/Metamobile. Kini Alibi Music mempunyai rangkaian media baru yang lengkap dari Laman Web, YouTube, Blog, e-newsletter, Podcast, Facebook dan lain-lain lagi.

Sebahagian daripada saluran media dan laman sosial ini efektif dalam mempromosikan artis-artis di bawah naungannya seperti Nabil Zamanhuri, Marsha, Ezlynn, Awal Ashaari, Asfan, Dynda, SleeQ, The Fabulous Cats, Atilia, Muzzy dan Zarul & The Protes. Youtube Metamobile misalnya telah mencatat hits lebih dari 5 juta dan e-newsletter Metamobile pula mempunyai lebih daripada 15,000 orang pelanggan.

Kini, genap setahun berada dalam industri musik, Alibi Music terus melangkah ke hadapan untuk mengukuhkan lagi jenama mereka. Ferhard Ahmad selaku Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd berkata, “Kami sedang merombak semua saluran Media Baru kami selari dengan perkembangan semasa. Secara amnya, kami mempunyai Podcast sebagai saluran radio, YouTube sebagai saluran TV, Blog sebagai Majalah Web dan semua saluran ini akan dihubungkan ke Facebook sebagai saluran utama. Kami juga menggantikan nama Metamobile kepada Alibi Music sebagai penjenamaan semula.”

“Ada di antara artis-artis kami mempunyai peminat melebihi 100,000 orang. Ini satu peluang untuk diterokai! Tapi ianya harus dikendalikan dengan lebih bijak dan lebih efisien untuk lebih efektif. Jika tidak, semua usaha dan peluang akan menjadi sia-sia,” kata Ferhard.

Sempena pelancaran semula laman social Facebook dan ulangtahun pertama Alibi Music, sepuluh lagu terpilih akan diberikan secara PERCUMA secara beransur-ansur.
Untuk mendapatkan lagu lagu tersebut, penggemar musik tempatan hendaklah berkunjung kelaman social Facebook Alibi Music yang baru di www.facebook.com/AlibiFB dan memuat turun lagu lagu yang disukai secara sah.

“Kami harap ‘buah tangan’ kami ini akan mendapat respon yang baik. Pemberian istimewa ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong kami. Peminat tidak perlu kelaman lain untuk mendapatkan lagu-lagu yang dicetak rompak tanpa izin kami,” ujar Ferhard Ahmad mengakhiri perbualan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Peserta Akademi Fantasia 9, Adakah Ini AF Yang Terakhir?

Joint Venture Airasia & Expedia To Power Online Travel Revolution