in

Senarai Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era

Senarai penuh top 5 Anugerah MeleTop Era telah pun kita ketahui. Tak sampai 2 minggu lagi, anugerah yang dihasilkan dari kolaborasi program MeleTOP Era akan berlangsung.

Pertama, Budiey harus berikan sekalung bunga kepada Astro kerana keberanian dan keghairahan untuk mengadakan acara yang julung kalinya ini. Setidak-tidaknya, anugerah yang havoc ini memeriahkan lagi senario dunia hiburan Melayu. Yelah, Budiey pun sangat rindu dengan Anugerah Era yang dulunya menjadi anugerah dinantikan. Kemudian, digabungkan pula dengan tenaga kerja dan konsep santai dari program MeleTOP yang saban minggu melonjak naik dan trending di Twitter. Mahu tidak, Budiey akan enjoy dan tak sabar untuk menjejakkan kaki di Anugerah MeleTOP ni.

Persoalan penting yang harus kita kemukakan ialah; apakah tujuan utama Anugerah MeleTOP Era ini diadakan? Adakah ia sekadar tempelan anugerah yang sedia ada atau sekadar ingin anugerah biasa-biasa. Masing-masing ada pendapat, tapi bagi Budiey, anugerah ini sangat perlu dan relevan dengan masa kini. Sekurang-kurangnya anugerah ini mengiktiraf bakat dan kreativiti selebriti-selebriti yang banyak menyumbang dalam industri seni hiburan tanahair yang merangkumi segenap sudut termasuklah bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital malah ia meliputi negara serantau!

Budiey berpendapat, Anugerah MeleTOP Era berperanan menjadi pemangkin untuk merancakkan lagi suasana hiburan setempat dan membolehkan dunia hiburan kita setaraf atau lebih baik di rantau ini. Sekaligus, artis-artis kita dapat menampilkan penampilan pada malam itu yang bertemakan Yang Hit, Yang MeleTOP. Budiey pun rasa teruja nak melihat fesyen selebriti yang hadir nanti.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori di atas juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai yang berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Selain itu, sebuah kategori baru iaitu Anugerah WeChat MeleTOP turut diperkenalkan. Pemenang bagi kategori ini bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi menerusi Aplikasi WeChat yang diterima oleh selebriti yang tercalon.

Talian undian bagi Fasa Kedua bagi menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori akan dibuka bermula 16 Januari hingga 8 Februari 2014, jam 6.00 petang. Dalam pusingan ini, orang ramai boleh memilih calon-calon kegemaran mereka dan menghantar undian melalui tiga cara iaitu secara online menerusi laman sosial rasmi, melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ataupun melalui Aplikasi WeChat.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam AME kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Bertemakan ”Yang Hit, Yang MeleTOP”, AME yang dianjurkan akan berlangsung dengan penuh meriah pada 8 Februari 2014 dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak.

Diharapkan semua berpuas hati dan di bawah merupakan senarai penuh calon top 5, untuk 14 buah kategori yang telah dipilih berdasarkan undian tertinggi yang dilakukan anda!

Lagu MeleTOP

1. Bahagiamu Deritaku – Hafiz

2. Galau – Dato’ Siti Nurhaliza

3. Infiniti Cinta – Zizan feat Kaka

4. Kita – Forteen

5. Muara Hati – Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza

Penyanyi MeleTOP

1. Akim

2. Dato’ Siti Nurhaliza

3. Hafiz

4. Najwa Latif

5. Stacy

Grup/DUO MeleTOP

1. Dato’ AC Mizal & Mawi

2. Forteen

3. Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza

4. Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul

5. Zizan feat Kaka

Program Radio MeleTOP

1. Carta ERA 40

2. Carta Fulamak SINAR

3. Carta MeleTOP 40 ERA

4. JoHaRa Pagi ERA

5. SINAR Pagi

Penyampai Baru Radio MeleTOP

1. Aril – ERA fm

2. Feeya Iskandar – SINAR fm

3. Nabil – ERA fm

4. Shasha Al- Khred – ERA fm

5. Zahid – ERA fm

Filem MeleTOP

1. Highland Tower

2. KL Gangster 2

3. KL Zombie

4. Lawak Ke Der?

5. Sepah The Movie

Bintang Filem MeleTOP

1. Aaron Aziz – KL Gangster 2

2. Jep Sepahtu – Sepahtu The Movie

3.Siti Saleha – KL Zombie

4. Yana Samsudin – Minyak Dagu

5. Zizan Razak – KL Zombie

Program TV MeleTOP

1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

2. Love You Mr. Arrogant

3. Maharaja Lawak Mega 2012

4. Masterchef Selebriti Malaysia 2013

5. Super Spontan 2013

Bintang TV MeleTOP

1. Azlee Khairi – Love You Mr. Arrogant

2. Jep Sepahtu – Sepah The Movie

3. Johan – Maharaja Lawak Mega 2012

4. Zara Zya – Love You Mr. Arrogant

5. Zizan Razak – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Bintang Siber MeleTOP

1. Aaron Aziz

2. Dato’ Siti Nurhaliza

3. Emma Maembong

4. Najwa Latif

5. Zizan Razak

Couple MeleTOP

1. Aeril Zafriel & Wawa Zainal

2. Diana Amir & Habib

3. Fizo Omar & Mawar

4. Izzue Islam & Awin Nurin

5. Nabil Ahmad & Nazirah

Artis Baru MeleTOP

1. Azhael AF 2013

2. Faizul AF 2013

3. Risteena Munim

4. Syafiq Kyle

5. Zara Zya

Fesyen MeleTOP

1. Elfira Loy

2. Nora Danish

3. Nur Fazura

4. Shila Amzah

5. Zizan Razak

Artis Serantau

1. Afgan

2. Randy Pangalila

3. Sleeq

4. SM*SH

5. Tegar

Selain 14 kategori di atas, 2 kategori lagi iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) akan dipilih berdasarkan selebiriti yang menerima jumlah undian tertinggi dikalangan calon top 5.

Oleh itu tunggu apa lagi? Talian undi untuk fasa kedua bagi menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori sudahpun dibuka bermula 16 Januari 2014, jam 6 petang.

Dalam pusingan ini, pengundi boleh memilih calon kegemaran mereka dan menghantar undian melalui tiga cara iaitu secara online menerusi laman sosial rasmi, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi WeChat.

Para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan mantap oleh barisan artis popular tanah air seperti Hafiz, Stacy, Mark Adam, Najwa Latif, Azhael dan ramai lagi.  Turut memeriahkan AME, artis jemputan khas dari Indonesia turut diundang iaitu Cakra Khan.

Bukan itu sahaja, AME juga akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti popular tanah air yang turut hadir memberikan sokongan sebagai barisan penyampai untuk malam anugerah tersebut bagi kesemua kategori yang dipertandingkan. Antaranya termasuklah Datuk Aznil Haji Nawawi, Lisa Surihani, Aaron Aziz, Emma Maembong serta ramai lagi.

AME juga bakal dikemudikan oleh gabungan trio Dato’ AC Mizal, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa Mohd Noor sebagai hos utama serta turut dijayakan oleh Khairil Azam Pilus atau Aril dan Hanis Zalikha selaku hos Karpet MeleTOP.

Untuk makumat lanjut, sila layari www.meletop.com.my atau www.facebook.com/mymeletop sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu MY CRUSH Nyanyian Kumpulan Hashtag

DJ Lin Lancar Album Suria Cinta Koleksi Lagu Terbaik Bikin Pendengar Jiwang Lentok!