in , ,

“Kalau Orang Nak Mengata, Kecam Pakaian Saya…Biarlah” – Che Ta

Penampilan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) malam tadi menjadi perhatian ramai apabila menggayakan busana ala ‘tudung saji’.

Seperti sudah dijangka, ada yang mengatakan pelakon itu seakan cuba mengikut fesyen penyanyi Aina Abdul. Bagaimanapun, memetik Harian Metro, Che Ta berkata dia cuba menggayakan busana yang sesuai mengikut tema.

“Pakaian saya yang ‘unik’ ini mengikut tema majlis anugerah pihak penganjur. Tak sangka juga, ia jadi perhatian ramai. Lagi pula, saya hadir pun kerana menjadi penyampai anugerah.

“Apapun, kalau ada orang nak mengata atau mengecam mengenai pakaian ini, saya biasanya tidak membaca komen yang ditulis netizen. Biarlah, mereka nak cakap apa pun sebab saya memang tak baca komen itu,” katanya.

Dilihat masih laris dan relevan dalam industri, Che Ta meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki dalam lakonan serta diberi karakter sesuai.

“Saya tidak melihat wujudnya persaingan kepada pelakon pada usia yang sama dengan saya sekarang untuk watak-watak sebagai wanita berkerjaya dan ibu. Bagi saya, karakter begini cukup sesuai dengan kami.

“Jadi, saya amat bersyukur dengan rezeki diperoleh ini dan alhamdulillah jadual kerja pun memang sibuk. Pada sambutan Syawal ini juga, rasanya saya baru berkesempatan menghadiri satu majlis rumah terbuka walaupun baju raya ada banyak lagi yang belum dipakai,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar

Shiha Zikir & Khai Menang Besar, Senarai Anugerah MeleTOP ERA 2021

Mawar | 20

Mawar Karim Nafi Desas Desus Sudah Nikah Dengan Datuk Z