in , ,

Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat

SEARCH yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal membuktikan bahawa mereka masih menyengat setelah berjaya memukau penonton Anugerah MeleTOP Era 2021/2022 pada Ahad lepas.

Persembahan penuh bertenaga tersebut menyaksikan SEARCH menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan medley empat buah lagu berhantu SEARCH iaitu Isi Atau Kulit, Pelesit Kota, Nigina dan Pawana. 

“Malam ini bagaikan persembahan pra-konsert dari SEARCH.  Lebih-lebih lagi jarak di antara persembahan malam ini dengan KONSERT ENDEMIK hanyalah seminggu. 

Dengan itu, sudah semestinya kami perlu memastikan segalanya berjalan bagaikan dirancang terutamanya dari segi gubahan lagu dan aspek visual.  

Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat

Anugerah MeleTOP juga ditonton oleh jutaan penonton dan rakan-rakan industri yang hadir ke PICC; justeru menjadikan acara ini begitu penting buat kami. SEARCH amat berterima kasih atas sokongan semua dan memberikan kami semangat yang lebih kuat untuk KONSERT ENDEMIK”, jelas Amy selaku vokalis SEARCH yang tampak stylish dalam persalinan dari  Afiq M. 

Bakal diadakan pada 4 dan 5 Jun 2022, KONSERT ENDEMIK akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur – sebuah dewan konsert bertaraf antarabangsa yang baru sahaja dibina lengkap dengan fasiliti moden di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat

KONSERT ENDEMIK akan meletakkan tanda aras bagi konsert rock di fasa endemik. Namanya juga merujuk kepada situasi global masa kini dan apa yang dilalui oleh seluruh penduduk dunia. SEARCH merupakan band yang pertama dipilih untuk membuat persembahan solo di Zepp KL. 

Kami akan mempersembahkan dua buah lagu baru iaitu ENDEMIK I dan ENDEMIK II termasuk lagu-lagu hit kami yang telah menjadi siulan peminat sejak SEARCH melancarkan album pertamanya. 

Dari segi teknikal, kami telah menjemput pakar-pakar tempatan dan antarabangsa seperti Akira Yamauchi – seorang jurutera bunyi yang dikenali ramai, untuk memastikan kualiti KONSERT ENDEMIK di tahap yang tertinggi. 

Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat

Konsert ini juga bakal mendapat sentuhan Genervie (keyboard) dan Arthur Kam (dram), yang merupakan di antara sessionist terbaik di Malaysia. Pasangan adik beradik ini sememangnya menjadi buruan artis dari seluruh dunia atas kemahiran mereka di dalam bidang permainan dan arahan muzik. 

Selain itu, Jiman Casablancas dan Kit Woo akan menggalas tanggungjawab sebagai penata gaya. Faktor-faktor ini menjadikan KONSERT ENDEMIK acara yang wajib untuk dihadiri oleh semua peminat-peminat die hard kami”, tambah Amy. 

Zepp Hall Network Inc. ditubuhkan pada tahun 1998 dan mempunyai sebelas dewan konsert di serata dunia termasuk sembilan di Jepun, satu di Taipei dan yang terbaru di Kuala Lumpur. 

Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat

Menurut pemain bass SEARCH yang juga amat besar namanya di persada seni negara, Nasir Daud, “Zepp adalah sebuah jenama global dan SEARCH sebagai sebuah band yang amat dikenali di rantau Asia, padanan ini saya rasa amat tepat. 

Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat

Venue ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan paling terbaru dari pelbagai segi seperti audio dan sistem pencahayaan, susun atur bercirikan stadium yang unik kepada Zepp, tempat hiburan dan istirehat khas buat VIP, kemudahan untuk penonton kurang upaya dan macam-macam lagi. Kesemuanya ini bakal menyumbang kepada keselamatan dan keselesaan penonton; dan amat bertepatan bagi sebuah konsert bertaraf dunia yang bakal melakar sejarah terutamanya di dalam scene rock n roll negara. Jumpa anda semua pada 4 dan 5 Jun 2022 di Zepp KL!”

Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat

Tiket KONSERT ENDEMIK semakin habis dijual. Dapatkan sekarang sebelum ketinggalan. Untuk maklumat lanjut, sila layari lolasia.bigtix.io

#SEARCHENDEMIK #SEARCHLIVEATZEPPKL #SEARCH

Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat
Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat
Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat
Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat
Aksi Hebat Search Di Pentas AME 2021 Buktikan Otai Masih Menyengat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung, Ini Keadaan Terkini Beliau

Sinopsis Telemovie ‘Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz & Bella Astillah