in , ,

DJ Lin Lancar Album Suria Cinta Koleksi Lagu Terbaik Bikin Pendengar Jiwang Lentok!

Ingin Budiey berterus terang di sini, antara banyak-banyak program radio yang Budiey layan secara konsisten ialah program Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin di ke udara di corong radio Suria FM setiap Ahad hingga Jumaat bermula jam 10 malam hingga 2 pagi.

Budiey bersetuju jika ada yang mengatakan, program Suria Cinta adalah program berbentuk Cinta & Lagu paling popular dan setakat ini, tiada stesen lain yang dapat menandingi fenomena Suria Cinta. Tambahan pula, program Suria Cinta Suria FM menjadi rakan radio rasmi semasa Budiey menganjurkan Party Budiey selama dua tahun berturut-turut.

Tidak hairan jika program Suria Cinta mendapat jumlah pendengar paling tinggi saban malam siaran. Malah, Suria Cinta juga telah mempunyai kelab peminat tersendiri di mana ditubuhkan oleh peminat DJ Lin dan sentiasa aktif dengan aktiviti menarik. Dari kelab peminat, kini Suria Cinta khabarnya sudah ada album pula. Wah, ini dah satu kemajuan untuk DJ Lin dan program kesayangan ramai, Suria Cinta.

Baru-baru ini, Budiey dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Album Suria Cinta yang diadakan di Red Box, Sogo KL, Kuala Lumpur. Album Suria Cinta memuatkan sebanyak 22 lagu yang terbaik dimainkan di Suria Cinta. Budiey sudah pun mendengar kesemua lagu dalam album ini dan berpendapat, dari segi pemilihan lagu, kesemuanya best-best belaka.

Suria Cinta
Majlis pelancaran album ini dihiburkan dengan persembahan daripada Yantzen Rusty Blade, Itam Jelmol dan Keroz Nazri.

Pastinya, semua peminat Suria Cinta tak lepas peluang untuk mendapatkan album ini untuk didengar di dalam kereta. Mungkin, ketika mana ada memandu di tempat yang tiada siaran frekuensi Suria Cinta, bolehlah pasang cd album ni. Terima kasih kepada syarikat rakaman Life Records yang bekerjasama dengan stesen radio Suria FM untuk melahirkan album Suria Cinta. Ini semua dibuat atas dasar untuk menghargai sokongan peminat dan pendengar yang tidak henti memberi sokongan dari dulu sampai sekarang.

Dalam album Suria Cinta ni, selain lagu terbaik, turut menampilkan suara DJ Lin yang membaca madah cinta. Selain itu, ada juga beberapa lagu pendek seperti yang biasa kita dengar di Suria Cinta iaitu suara Imran Ajmain. Suuuuuriiaaaaa Cintaaaaa. Ada juga lagu menarik yang diperbaharui iaitu lagu Bila Rindu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Singapura, Fuad Rahman yang berduet dengan Mira. Ada lagu Rindu Serindu-Rindunya (Spoon), Khilaf (Okid), Hatimu Batu (firman), Dari Sinar Mata (Bumiputra Rockers), Hujan Kelmarin (Taxi Band), CT Cinta Kenangan Silam (XPDC) dan Ku Ukir Namamu (Lovehunters).

Bukan itu sahaja, ada lagi lagu yang best seperti Pertama dan Terakhir (Rusty Blade), Cinta Yang Terhumban (Syed Sobrie), Sebenar Cinta (Azmani), Rinduku Tiada Berteman (Jelmol), Tiada Lagi Airmata (Helter Skelter), Jangan Pisahkan (Deddy Dores & Mayang Sari), Tiara (Kris), Memori (Rockers), Hatimu Kau Lukai (Trust), Kasih Orang Muda (Fahrenheit), Suatu Hari Nanti (Keroz Nazri), Kau Mutiara Segalanya (Stra-T-G), Masih Ada Rindu (The Unwanted) dan Cinta Tak Direstui (Kadal Band).

Selain daripada itu, ia turut menampilkan 12 lagu bonus DVD MTV Karaoke. Bolehlah korang karaoke kat rumah memanjang kan?

Menurut kata DJ Lin, album Suria Cinta sebagai hadiah kepada semua peminat Suria Cinta yang tak pernah jemu memberi sokongan.

“Lin nak ucapkan terima kasih kepada semua pendengar dan peminat yang begitu setia mendengar Suria Cinta dari zaman mula-mula ke udara hinggalah sekarang. Tidak lupa terima kasih kepada pihak media yang banyak memberikan sokongan dan publisiti. Juga kepada Suria FM dan Life Records sebab memberikan peluang keemasan ini untuk merealisasikan sebuah album yang menampilkan DJ Lin. Saya harap selepas ini, album Suria Cinta akan diterbitkan untuk volume 2 pula. Itu pun jika album ini mendapat sambutan yang menggalakan dari pendengar.”

Untuk info pembaca, album Suria Cinta ini sudah pun berada di pasaran sejak 2 Disember lalu dan dijual pada harga RM25.90.

Bagi memeriahkan lagi, pihak Life Records dan Suria Cinta menganjurkan peraduan Suria Cinta Oke. Di mana pendengar Suria Cinta menyanyikan sebuah lagu yang terkandung dalam album dan berpeluang memenangi trip melancong bersama DJ Lin dan Firman di Bandung, Indonesia. Menarik bukan?

Suria Cinta
Suria Cinta
Suria Cinta
Suria Cinta
Suria Cinta
Suria Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era

Review Sunset Business Hotel di Busan