in , ,

Shiha Zikir & Khai Menang Besar, Senarai Anugerah MeleTOP ERA 2021

‘AME 2021’ memperkenalkan anugerah dan persembahan baharu untuk menyemarakkan lagi suasana industri hiburan negara.

Anugerah MeleTop Era 2021 (AME 2021) yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan Khai Bahar dinobat sebagai Top Top Meletop bagi kategori Lelaki.

Manakala Shiha Zikir memenangi Top Top MeleTOP bagi kategori Wanita serta berjaya membawa pulang anugerah Artis Versatil MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Lagu MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.

Acara yang dinanti-nantikan, Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan atau ‘AME 2021’ yang bertemakan busana Glam Legend dengan tagline #YangFreshYangLegend bakal menemui para penonton pada 29 Mei secara langsung dariPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), eksklusif di platform Astro Ria (104), Astro GO, On Demand dan sooka.

SENARAI ANUGERAH & PEMENANG AME 2021 

Anugerah Top Top MeleTOP Group/Duo 

Dolla 

Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki 

Khai Bahar 

Anugerah Top Top MeleTOP Wanita 

Shiha Zikir 

Anugerah Artis Baharu MeleTOP 

Dini Schatzmann 

Anugerah BBNU MeleTOP 

Alyssa Dezek 

Anugerah Si Cilik MeleTOP 

Karl Kareef & Arianna Aubrey 

Anugerah Couple MeleTOP 

Emma Maembong & Muhammad Shazli 

Anugerah Influencer MeleTOP 

Dr Say 

Anugerah Artis Versatil MeleTOP 

Shiha Zikir 

Anugerah Personaliti TV MeleTOP 

Jihan Muse (Gegar Vaganza musim Ketujuh) 

Anugerah Video MeleTOP 

Wany Hasrita (Canggung) 

Anugerah Program MeleTOP 

Konsert Minggu Ini, #123 Khai Bahar, RTM 

Anugerah Legend Muzik MeleTOP 

Roslan Aziz 

Anugerah Legend MeleTOP 

Hamid Gurkha 

Anugerah Drama MeleTOP 

Kampung Pisang Bersiri Siri, Astro Citra 

Anugerah Pelakon MeleTOP 

Fasha Sandha, Sihir Pemisah 

Anugerah Penyanyi MeleTOP 

Khai Bahar 

Anugerah Group Duo MeleTOP 

Shiha Zikir & Noki 

Anugerah Lagu MeleTOP 

AEWO – Shiha Zikir ft Noki 

Anugerah Filem MeleTOP 

Ada Apa Dengan Dosa 

Anugerah Bintang Filem MeleTOP 

Shiha Zikir, Hantu Bonceng 2.0 

Anugerah Khas MeleTOP 2021 

Datuk Aznil Hj. Nawawi 

Anugerah MeleTop Era 2021

Pada kali ini, ‘AME 2021’ menjanjikan lebih banyak kemeriahan dan kejutan kerana dalam fasa endemik, penganjuran anugerah ini mampu dilakukan dengan lebih sempurna dari segi persembahan, kehadiran para penonton mahupun selebriti dan gimik. Acara ‘AME2021’ juga diaktifkan oleh penaja utama, 100PLUS. 

Anugerah MeleTop Era 2021

Edisi kali ini turut memperkenalkan tagline tambahan #TetibaAME2021 yang bersesuaian dengan pengumuman Hari Raya secara mengejut yang meriuhkan satu negara sehinggakan impaknya masih dirasai sehingga ke hari ini. Buat julung kalinya, AME2021 dianjurkan pada bulan Syawal dan akan membariskan persembahan berkonsepkan Hari Raya, khas untuk semua peminat. 

Selain daripada itu, ‘AME 2021’ akan membawa pelbagai pembaharuan yang bakal menggamat suasana industri hiburan negara. Terdapat kemungkinan acara kali ini bakal menampilkan lebih daripada 3 pengacara asal, iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad. 

Anugerah MeleTop Era 2021

Pengelolaan kali ini turut memperkenalkan anugerah baharu yang pastinya menyemarakkan lagi acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan. Buat julung kalinya juga, anugerah ‘Top Top MeleTOP’ akan ditentukan oleh barisan juri profesional.

Acara kemuncak ‘AME 2021’ bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh angkatan penyanyi tersohor yang mewakili generasi legend dan ‘BBNU’ seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Search, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Dolla, Wany Hasrita, Han Byul, Yonnyboii, Zynakal, MK K-Clique, De Fam, Bunga, Amir Masdi, Usop, Tajul, Afieq Shazwan, Asyraf Nasir serta ramai lagi. Selain itu, barisan penyampai anugerah terdiri daripada Kamal Adli, Uqasha Senrose, Faizal Hussein, Rozita Che Wan, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan lain-lain.  

Anugerah MeleTop Era 2021

AME2021 dibuka dengan ‘Konsert Tirai AME 2021’ yang dihoskan oleh personaliti ERA; Danial Zaini dan Isha Norsham yang ditayangkan pada jam 8.30 malam.

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Isaac Voo IN2IT, Ara Johari, Wany Kayrie, Aisya Retno, Aweera, Fieya Julia serta Yazid Izaham dan ramai lagi.

Manakala stesen radio ERA bakal mengadakan ‘Showcase AME 2021’ yang akan dihoskan oleh Munabella dan Zahier Yusoff, serta melibatkan barisan artis hebat seperti Imsoniacks, ChronicalZ, Daniel Chuer dan Irfan Haris. ‘Showcase’ ini akan diadakan di perkarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei bermula jam 4.00 hingga 5.00 petang. Para penonton turut boleh strim showcase ini menerusi platform-platform digital Era yakni SYOK, Facebook, YouTube dan TikTok.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, “Kami amat berbesar hati akhirnya dapat menganjurkan ‘AME2021’ dalam fasa endemik setelah penantian selama 4 bulan. Kembalinya ‘AME 2021’ merupakan tanda penghargaan dan terima kasih pihak Astro terhadap para peminat, barisan artis, rakan-rakan media serta penaja utama 100PLUS atas kesabaran dan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada ‘AME2021’ dan industri hiburan tanah air walaupun ditunda secara mengejut pada bulan Januari yang lalu.”

‘AME 2021’ ialah kemuncak anugerah pertama dalam fasa endemik yang bakal menobatkan pemenang anugerah pilihan peminat serta menyajikan persembahan hebat dan kejutan yang menggemparkan. Jangan lupa janji temu bersama ‘AME 2021’ pada 9 Malam, 29 Mei ini. Yang pasti, #TetibaAME2021 kembali!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROZITA RAMELAN

Sekitar Acara Pelancaran Pes Ratu Tumis Keluaran Rasa Rosz

“Kalau Orang Nak Mengata, Kecam Pakaian Saya…Biarlah” – Che Ta