in ,

Lirik Lagu MY CRUSH Nyanyian Kumpulan Hashtag

Semalam, Budiey telah pun siarkan berita pertama sebagai pengenalan tentang kumpulan duo #tag (hashtag) yang telah melancarkan lagu terbaru mereka berjudul MY CRUSH dan muzik video lagu ini telah pun disiarkan di saluran Youtube Channel KRU Music. Jadi, hari ini, Budiey baru berkesempatan untuk mendengar lagu tersebut.

#Tag Hashtag

Pasti ramai yang nak tengok lirik lagu ni kan?

So, layan je lagu kat bawah ni.

MY CRUSH
Artis : #tag
Lagu : Akira Shukri
Lirik : Akira Shukri & Hez Hazmi
Publisher : KRU Music Sdn Bhd
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd

Kau ukir padaku senyuman hai manisnya
Kau renung mataku rasa luar biasa
Bagiku dirimu adalah segalanya
Bagimu diriku hanya teman biasa

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Senyummu dan ketawa buatku tergoda
Hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
Bagiku dirimu kurniaan terindah
Bagimu diriku bercinta takkan pernah

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
Namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
Kini ku tertanya-tanya
sudahkah engkau berpunya
Jika masih tiada siapa
ingin ku mulakan langkah

Bila ku ingin bicara kata tak mampu terluah
Kerana pesonamu membuat ku merasa
Sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran
Tidak mudah ku mengalah
terus cari cuba curi cinta dihati untuk dihati

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZALORA Welcomes NEW LOOK to Malaysia

Senarai Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era