in

Senarai Penuh Keputusan Anugerah MeleTop Era 2015

Anugerah MeleTop Era 2015 telah berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. AME 2015 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Ternyata ramai yang terhibur dengan persembahan daripada Wings, Joe Flizzow, SonaOne, Nico, Repvblik, Hazama, Dayuk Ramli Sarip dan Datuk Siti Nurhaliza malam tadi.

Ia turut disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Pelawak dan penyampai radio Johan menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim Mohamad, 31, turut memenangi menerusi kategori iaitu Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Manakala aktres Ayda Jebat dipilih penerima trofi Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Ayda berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza membuktikan beliau masih mempunyai pengikut yang kuat apabila menerima dua trofi AME 2015 iaitu dalam kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP.

Senarai Penuh Keputusan Anugerah MeleTop Era 2015:

 Top Top MeleTOP Lelaki – Johan2. Top Top MeleTOP Wanita – Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP – Nur Fazura

4. Artis Baharu MeleTOP – Ayda Jebat

5. Bintang Online MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP – Scha Al Yahya & Awal Ashaari

7. Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era

. Grup/Duo MeleTOP – Akim & The Majestrit

9. Penyanyi MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza

10. Lagu MeleTOP – Mewangi (Akim & The Majestrit)

11. Program TV MeleTOP – Maharaja Lawak 2014

12. Drama TV MeleTOP – Bukan Kerana Aku Tak Cinta

13. Host TV MeleTOP – Datuk AC Mizal

14. Artis Lawak MeleTOP – Johan

15. Pelakon TV MeleTOP – Zul Ariffin

16. Bintang Filem MeleTOP – Nelydia Senrose

17. Filem MeleTOP – Abang Long Fadil

18. Penyampai Radio MeleTOP – Johan

 Tahniah kepada semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Appoints Cheok Huei Shian as Chief Financial Officer

Peraduan The HBO Ultimate OSCARS Experience