in ,

Peraduan The HBO Ultimate OSCARS Experience

Sekarang ini sedang berlangsung The 87th Annual Academy Awards di Dolby Theatre Hollywood. Seperti yang kita ketahui, Pak Nil sekarang berada di sana untuk menemubual selebriti Hollywood di karpet merah. Best kan? Budiey harap, satu hari nanti Budiey dapat peluang untuk pergi ke sana untuk menyaksikan sendiri secara langsung.

Namun, korang ada peluang untuk ke sana tau. Kepada anda yang mahu terbang menonton acara gilang gemilang ini tahun depan, korang bolehlah menyertai Peraduan The HBO Ultimate OSCARS Experience yang dianjurkan oleh HBO.

Budiey dengar, HBO Asia akan menanggung lawatan untuk tujuh pasang pemenang untuk menonton secara permaidani merah pada acara Oscars 2016 di Los Angeles.

Pemenang akan menerima layanan 5 bintang sepanjang lawatan tersebut yang termasuk penerbangan dan penginapan hotel, penyediaan pakaian dan limosin, serta menjamu selera sajian chef selebriti.

Kepada pembaca budiey.com yang mahu join contest ini, anda kenalah menonton siaran langsung dan ulangan Oscars di HBO, dapatkan dua soalan semasa program ini dan hantarkan jawapan anda di hboasia.com sebelum dan 8 Mac 2015. Untuk maklumat lanjut, sila layari: hboasia.com.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Senarai Penuh Keputusan Anugerah MeleTop Era 2015

Amir Raja Lawak Nikah 14 Mac