in ,

Senarai Lagu Tugasan Konsert Ke-4 Big Stage 2019

Konsert Big Stage 2019 bakal diteruskan untuk minggu yang keempat, Ahad ini.

Kesemua bintang yang masih kekal bakal beraksi untuk menentukan peserta mana yang akan layak bagi menempatkan diri di peringkat seterusnya.

10 peserta yang masih bertahan ialah Neeta, Kucaimars, Irfan Haris, Santesh, Syada Amzah, Fieya Julia, Adzrin, Chaleeda, Han-Byul dan Dinda Permata.

Membawa tema Duominasi, mereka diberi tanggungjawab untuk mendendangkan lagu-lagu bersama pasangan duet yang terdiri daripada penyanyi popular masa kini.

Berikut senarai lagu untuk konsert minggu keempat.

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT KEEMPAT BIG STAGE MUSIM 2 (2019)

  1. Fieya Julia – Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) – duet bersama Sufian Suhaimi
  2. Kucaimars – Janam Janam (Arijit Singh & Antara Mitra) – duet bersama Shiha Zikir
  3. Neeta – Tentang Dia (Melly Goeslow & Evan) – duet bersama Azmi Saat
  4. Santesh – Roadblock Hatiku (Baby Shima & Floor 88) – duet bersama Baby Shima
  5. Dinda Permata – Kamu Yang Ku Tunggu (Rossa & Afgan) – duet bersama Ayie Floor 88
  6. Adzrin – Jealous (Labrinth) – duet bersama Marsha Milan
  7. Syada Amzah – Dengarkanlah (Amy Mastura & Glenn Fredly) – duet bersama Haqiem Rusli
  8. Irfan Haris – Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M.Nasir) – duet bersama Usop
  9. Chaleeda – Rewrite The Stars (James Arthur & Anne Marie) – duet bersama Luqman Faiz
  10. Han Byul – Just Give Me A Reason (Pink & Nate Ruess) – duet bersama Sarah Suhairi

Minggu keempat bakal diadili dua juri profesional tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika, bersama seorang juri undangan mingguan.

Bersiaran secara langsung, Konsert Big Stage yang dihoskan pasangan pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad, ditayangkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, jam 9 malam, daripada Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juga boleh diikuti di laman sesawang rasmi Big Stage atau Youtube Astro Gempak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem JOKER

Dinda Permata Selamat, Malam Ini Siapa Pula Bakal Tersingkir?