in , ,

Nyanyi Lagu Kisah Rasulullah Imej Nadeera Ala Cleopatra Dipertikai

Menjawab kecaman dari Netizen, Nadeera Zaini memberitahu dia masih belum bertudung penuh tetapi cuba untuk membawa lagu tersebut dengan cara yang penuh sopan.

Persembahan dari Nadeera Zaini pada konsert minggu ketiga Big Stage membuatkan penonton terpukau dengan persembahan dan teknik vokalnya.

Persembahan dari Nadeera Zaini meletakkan dirinya di antara kedudukan Top 3 bersama Putera Mohammad dan Waode.

Tetapi di sebalik persembahan yang memukau tersebut, Nadeera diberi tekanan oleh Netizen kerana pakaiannya kurang sesuai kerana lagu menyanyikan lagu dari Maher Zain,Rahmatun Lil Alameen.

Menjawab kecaman dari Netizen, Nadeera Zaini memberitahu dia masih belum bertudung penuh tetapi cuba untuk membawa lagu tersebut dengan cara yang penuh sopan. Nadeera juga memaklumkan dia mengambil semua teguran dan nasihat dari semua dan akan memperbaiki kesilapannya .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RONAN KEATING

Ronan Keating Kembali Menjayakan Konsert Satu Malam Ogos Ini 

Berat Badan Turun & Alami Gangguan Pelik, Sherry Ibrahim Disihir?