in , , ,

Peraduan Jom Menonton Filem JOKER

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini! Jadi apa tunggu, dapatkan 2 tiket percuma dengan menyertai peraduan ini. Lekas sertai sekarang!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa JOKER anjuran Budiey.com kerjasama Warner Bros. Malaysia bersama beberapa orang selebriti, influencer dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com yang menggemari filem aksi terutamanya yang mengikuti kisah musuh ketat kepada Batman.

Filem ini berlatarkan pada tahun 1980an, ia berkisarkan tentang perjalanan hidup Joker. Dia mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di Gotham City selepas gagal mencipta nama dalam komedi. Pasti menarik bukan jalan ceritanya?

Yang seronoknya, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 1 Oktober 2019 (Hari Selasa) di TGV 1 Utama.

Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 3 Oktober 2019.

JOKER
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved. TM & © DC Comics

Sinopsis Filem JOKER

Sebelum ini, ramai peminat meragukan pilihan pengarah Todd Philips memilih Joaquin Phenix sebagai Joker. Ini adalah kerana karakter Joker sebelum ini pernah dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Heath Ledger dan Jared Letto dalam Suicide Squad. Ramai yang berpendepat Phenix tak dapat membawa watak Joker dengan baik. Namun, setelah Budiey menonton trailer JOKER, ternyata lakonan beliau begitu realistik dan berkesan. Apa-apa pun, kita perlu menonton filem ini sepenuhnya sebelum memberikan pendapat.

JOKER
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved. TM & © DC Comics

Apa yang Budiey dapat simpulkan dari trailer ini, ia menceritakan sekilas kehidupan awal Arthur Fleck sebelum ia berubah menjadi musuh ketat kepada Batman. Arthur Fleck digambarkan sebagai seorang stand up komedian yang gagal dan perlahan-lahan menjadi jahat untuk memusnahkan Kota Gotham pada 1980-an.

Dalam trailer ini juga kita menyaksikan bentuk fizikal badan Joker yang sangat kurus sehingga menunjukkan tulangnya yang menonjol baik di punggung mahupun di bahagian dada. 

Fleck yang juga merawat ibunya yang sakit (Frances Conroy) mengatakan tujuan hidupnya adalah membuatkan orang ketawa tapi sebenarnya, kehidupannya jauh dari itu. Oleh kerana selalu gagal menghiburkan orang, Fleck kerap dibuli dan pukul orang di sekitarnya. 

Filem ini turut dibintangi oleh pelakon Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Bill Camp, Frances Conroy dan ramai lagi.

Trailer JOKER telah menjadi viral dan menjadi topik trending di Twitter. 

Selepas menonton trailer di atas ini, Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem JOKER yang cukup menarik ini.

Filem JOKER akan ditayangkan di pawagam mulai 3 Oktober 2019, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

JOKER
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved. TM & © DC Comics

Peraduan Tayangan Premiere Filem JOKER

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 tiket JOKER untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

1 Oktober 2019 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Sebanyak 100 keping tiket JOKER perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere JOKER – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #JokerMY

Anda perlu mencipta slogan kreatif dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Siapakah yang memegang watak utama dalam filem ini?
  2. Emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem JOKER kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem JOKER – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

29 September 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 3 Oktober 2019 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures.

JOKER
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved. TM & © DC Comics
JOKER
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved. TM & © DC Comics
JOKER
© 2019 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved. TM & © DC Comics

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kad Kredit Airasia Lancar Kempen SHRED & FLY

Senarai Lagu Tugasan Konsert Ke-4 Big Stage 2019