in , ,

Selepas Sertai Big Stage, COËX Lancar Single Pertama ‘Gimme That Crown’ 

Kumpulan M-Pop Wanita Di Bawah Naungan Armani Entertainment Group Bakal Beri Saingan Dengan Single Pop Pertama Berjudul Gimme That Crown!

Nasib mungkin tidak menyebelahi mereka ketika berlangsungnya program realiti Big Stage 2023 baharu-baharu ini, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat 5 anak gadis cantik lagi berbakat kumpulan M-Pop terbaharu industri muzik tanah air, COËX yang dianggotai Mikaela Qistina, Amy Loh, Elysha Khan, Dalini and Eyqa Shahidan dengan terlahirnya single pertama mereka berjudul ‘GIMME THAT CROWN’ ciptaan barisan komposer berpengalaman, Chris M. Yong, Melisa YC dan Karen Yee, manakala liriknya oleh Asyraf Nasir, Mel Ramlan bersama COËX sendiri, terbitan label rakaman sedang meningkat naik, Armani Entertainment Group (AEG).

Selepas Sertai Big Stage, Coëx Lancar Single Pertama ‘Gimme That Crown’

  “Kami sangat teruja dengan peluang yang diberikan sewaktu menjadi peserta Big Stage 2023 kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sangat berharga.

“Terbaharu, kami juga bakal beraksi di KEPCI Music Fest pada 26 Ogos nanti di Stadium Malawati, Shah Alam, satu penghormatan yang amat besar dapat berdiri di pentas yang sama dengan nama-nama besar industri hiburan kita seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Ella, Misha Omar, Dolla dan ramai lagi.

“Bagi meneruskan perjuangan kami dalam bidang muzik yang baharu sahaja bermula, single pertama GIMME THAT CROWN menjadi taruhan,” kata Mikaela.

Masing-masing seakan tidak percaya sejurus tamatnya Big Stage 2023, fasa seterusnya bermula dan bakal menjadi penentu kepada ‘keberadaan’ mereka dalam industri muzik tanah air.

“Kami masih lagi dalam proses menyesuaikan diri pasca pertandingan dan kinilah masanya untuk kami menyinar berbekalkan pengalaman yang ditimba.

“Namun begitu, kami sangat gembira dan juga dapat menarik nafas lega dengan kelahiran single pertama ini kerana ia memakan masa berbulan lamanya untuk dihasilkan, sebelum Big Stage lagi. Jadi kami berharap penantian semua yang tidak sabar-sabar mendengarnya berbaloi,” jelas Amy.

Idea di sebalik terciptanya single ini datang dari COËX sendiri bersama-sama barisan komposer dan penulis lirik yang mahu ciptakan kelaianan dalam berkarya.

Selepas Sertai Big Stage, Coëx Lancar Single Pertama ‘Gimme That Crown’

Bercerita mengenai maksud di sebalik single ini, Elysha berkata, “Lagu ini sebenarnya berupa mesej yang ingin kami sampaikan kepada pendengar di luar sana yang bahawasanya kami bukanlah hanya sekadar pendatang baharu yang ‘biasa-biasa’ dalam industri muzik, dan juga ingin menyeru kaum wanita agar bangkit dan rasa ‘empowered’ dengan bait-bait liriknya yang bercerita tentang mencari keyakinan diri, biar apa pun yang diperkatakan oleh orang sekeliling.

Single dalam nuansa pop ini mengetengahkonsep M-Pop (pop Malaysia) yang menggabungkan elemen K-Pop, muzik rancak ala dansa dan juga rap.

“Kami terpaksa ‘berkampung’ di studio rakaman demi menjalani proses rakaman yang memakan masa selama sehari suntuk untuk disiapkan bermula dari tengahari sehinggalah lewat malam, walaupun penat tetapi tidak mengapa.

“Setiap dari kami pelajari banyak perkara baharu, seperti teknik vokal yang betul dibawah bimbingan Gaston Pong, bekerja melalui ‘teamwork’ dan mencari kekuatan ‘suara’ masing-masing yang akan membezakan kami semua,” tambah Dalini.

Selain single, video muzik (MV) dengan konsep yang unik seperti 4 elemen utama dunia iaitu api, besi, tanah dan kayu diterapkan sebagai simbolik, ditambah pula dengan aksi lincah melalui gerak tari yang berani dan bakal hangat diperkatakan apabila dilancarkan kelak.

Selepas Sertai Big Stage, Coëx Lancar Single Pertama ‘Gimme That Crown’

Dato’ KK Chua, selaku Ketua Pegawai Eksekutif AEG mengulas, “COËX bakal beri saingan hebat kepada kumpulan pop yang ada diluar sana kerana bakat yang mereka miliki bukanlah calang-calang, ini kerana terlebih dahulu AEG memberi latihan intensif, berterusan dan padu agar mereka betul-betul bersedia menghadapi dunia luar.

“Lihat sahaja aksi mereka di pentas Big Stage 2023, sudah cukup membuktikan kemampuan mereka sebagai pendatang baharu industri muzik kita.

Akhiri Eyqa: “Harapan kami adalah ingin memastikan bahawa lagu ini sampai kepada ramai pendengar, dari dalam mahupun ke peringkat antarabangsa.

Selepas Sertai Big Stage, Coëx Lancar Single Pertama ‘Gimme That Crown’

“Masih banyak lagi yang kami ingin tunjukkan dan buktikan pada semua, jadi teruslah menyokong perjalan seni kami yang baharu sahaja bermula ini, dan jangan lupa ikuti kesemua media sosial @wearecoex.official untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut.

Lagu GIMME THAT CROWN boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

Selepas Sertai Big Stage, Coëx Lancar Single Pertama ‘Gimme That Crown’

LIRIK GIMME THAT CROWN – COEX

VERSE 1:

Ooh,
Making all the moves like I’m onto you, Banyak yang tunggu
Jangan terburu

R I S E to the stars R I S E up above Eh oh Eh oh Never

Eh oh Eh oh, Don’t you rush

Let it out!
The kingdom that carries the flames Let it shout,
Ku lain dari yang lain,

Bakal gegar, nama di merata, Bakat ini, jangan dicabar.

PRE-HOOK:

Oh-oh-oh,
Kau takkan faham,
Apa yang aku
Lakukan.
Oh-oh-oh,
Semua impian, ku genggam.

HOOK:

Gimme that gimme that crown! Wear it like a royal baby. Power to yourself!

Gimme that gimme that crown! Wear it like you own it, baby, There’s nobody else!

Gimme that gimme that Ready? Biar aku ke hadapan. Gimme that gimme that Sekalipun takkan ku lepaskan.

Gimme that gimme that
Ambil semua tanpa soalan, Work it till you make it
Gimme that gimme that crown!

VERSE 2: RAP

AY AY AY
Cuba kau main Gonna run the game

AY AY AY
Jangan dibanding
We are not the same, Bottom to the top Made of gloss
See that royal glamour

Semangat, Membara,
Selagi aku berdiri.

PRE-HOOK:

Oh-oh-oh,
Kau takkan faham,
Apa yang aku
Lakukan.
Oh-oh-oh,
Semua impian, ku genggam.

HOOK:

Gimme that gimme that crown! Wear it like a royal baby. Power to yourself!

Gimme that gimme that crown! Wear it like you own it, baby, There’s nobody else!

Gimme that gimme that Ready? Biar aku ke hadapan. Gimme that gimme that Sekalipun takkan ku lepaskan.

Gimme that gimme that
Ambil semua tanpa soalan, Work it till you make it
Gimme that gimme that crown!

BRIDGE:

Dan bila,
hari berganti hari,
Usah bersedih lagi,
Aku pasti,
Simpanlah kenangan yang manis dalam memori.

Mencapai ke bintang di angkasa Cerita kita baru bermula
Terus jalan pandanglah ke hadapan ku melangkah,

DANCE BREAK:

Where that crown? Where that crown? Where that crown? Ay

Gimme that gimme that crown!

Wear that crown Like a boss Never stop!
Ay

LAST CHORUS:

Gimme that gimme that crown! Wear it like a royal baby. Power to yourself!

Gimme that gimme that crown! Wear it like you own it, baby, There’s nobody else!

Gimme that gimme that Ready? Biar aku ke hadapan. Gimme that gimme that Sekalipun takkan ku lepaskan.

Gimme that gimme that
Ambil semua tanpa soalan, Work it till you make it
Gimme that gimme that crown!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Tandatangani MOU dengan WWF Malaysia Untuk Program RimbaKita

Samsung Lancar Galaxy Z Flip5, Z Fold5, Watch6 Series & Tab S9 Series