in ,

Selepas Sebulan Mengerjakan Umrah, Dahlia Shazwan Kini Berhijab

Sebut sahaja iklan trivago pasti semua orang terbayangkan model cantik pada iklan tersebut. Gadis trivago tersebut, Dahlia yang juga pengacara HLive! itu difahamkan kini sudahpun berhijab.

Dahlia atau nama betulnya Dahlia Shazwan Mohd Amin berkata dia sebenarnya sudah memasang niat untuk berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah sebulan yang lalu.

Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.

dahlia-shazwan

“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
 
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,”

– Dahlia
Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tidak Amalkan Jarak Sosial, Isteri Idris Elba Turut Dijangkiti Covid-19

Salam Takziah, Bapa Zur Eda Meninggal Dunia