in

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007

Yuhuuuuu… Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca Sensasi Selebriti.  Bagaimana sambutan pada hari raya pertama ini? Semoga anda semua seronok dan bergembira bersama famili, sanak saudara dan sahabat handal. Kepada yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman, nasihat Budiey, janganlah bersedih dan buatlah panggilan telefon sebagai pengerat tali silaturrahim dengan insan yang tersayang di hari mulia ini.

Utamakan keselamatan dan berhati-hati di jalan raya pada musim perayaan ini. Semoga anda semua selamat pulang dan selamat kembali semula ke pangkuan keluarga. Teruskan amalan saling bermaaf-maafan dan saling berkunjung-kunjungan. Orang kata raya biarlah sebulan, betul tak?

Kesempatan ini, sekali lagi Budiey mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini. Nak sebut semua nama memang tak cukup ruang. Maafkan Budiey seandainya ada kata-kata dan tulisan yang tidak menyenangkan di blog ini pernah mengguris dan menyakitkan hati kalian. Terima kasih kepada yang sudi menjengah blog ini. Terima kasih atas sokongan kalian semua. Terima kasih atas kad ucapan dan komentar serta ucapan hari raya untuk Budiey. Terima kasih semua!

1523998151 D5E414D5Ca O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joget Lambak Bersama Fara TV3 Hari Raya Pertama

Tips Hari Raya: Bagaimana Cara Meminta Maaf?