in ,

Joget Lambak Bersama Fara TV3 Hari Raya Pertama

Musim raya; musim di mana stesen tv seluruh Malaysia berebut-rebut dan berperang untuk menggamit penonton dengan hidangan program-program yang menarik. Seakan sudah sinonim, hari raya dengan program muzikal dan hiburan merampas masa kita yang sepatutnya diisi dengan menziarahi saudara rakan taulan. Penonton pula memang tidak lepas daripada kaca TV yang asyik memainkan program hiburan seperti lagu-lagu raya dan filem blockbuster.

1524936650 9Bd5D639D6 O | 4

Pada Hari Raya pertama, jam 5 petang, TV3 mengajak anda untuk berjoget bersama Fara dalam Joget Lambak Bersama Fara. Sebuah program muzikal raya yang menampilkan lagu-lagu joget dan zapin sebagai tema pengisiannya dan penonton hanya akan disajikan sebuah saja lagu raya di penghujung rancangan. Dikendalikan oleh hos paling meletop sampai 2 stesen tv berebut-rebut mengambil dia jadi hos, tidak lain tidak bukan…. siapa lagi kalau bukan Fara Fauzana. Laris di pasaran! Fara dibantu oleh dua pelakon lain di dalam sitkom Fara iaitu Danny dan Yanie. Turut menampilkan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M.Daud Kilau, Adibah Noor, Jay Jay, Senario, Fabulous Cats dan Fahmi Mentor, selain membicarakan tentang genre joget, muzik joget dan tarian joget.

Peminat boleh melihat Fara Fauzana menari joget tradisional untuk pertama kalinya. Fara Fauzana hanya sempat belajar joget selama empat jam saja daripada salah seorang anak murid Pak Ngah.

Dihiasi dengan set yang menampilkan ciri-ciri tradisi Melayu oleh perekanya, Azmi Alias, Joget Lambak Bersama Fara turut dihiasi dengan tarian-tarian joget oleh lebih 30 penari Swatari di bawah naungan Pak Ngah Productions serta iringan muzik yang diketuai oleh Faizal Uzir. Tirai persembahan dibuka dengan nyanyian lagu joget Dia Datang oleh Datuk M.Daud Kilau dan kumpulan Senario, diikuti pula dengan persembahan oleh Datuk Siti Nurhaliza dengan lagu tradisional popularnya, Nirmala. Fahmi daripada program Mentor musim pertama tidak melepaskan peluang berduet dengan abangnya, Azlee dari kumpulan Senario melalui lagu Pantun Budi.

Manakala kumpulan hip-hop terkenal, Fabulous Cats menunjukkan bakat mereka menyampaikan lagu joget berjudul Joget Pujuk Sayang, di mana lagu yang merupakan kesinambungan kepada lagu popular mereka Papa Jahat itu digubah semula dengan cukup menarik daripada rentak hip-hop kepada joget. Persembahan diteruskan dengan lagu-lagu medley Joget Mak Enon dan Joget Angan Tak Sudah oleh Jay Jay, sebelum ia diteruskan pula oleh Raja Gelek, Datuk M.Daud Kilau yang membawakan lagu Laksamana Raja Di Laut. Adibah Noor dan Senario pula muncul dengan lagu mereka Zapin Cinta SMS diikuti pula dengan persembahan solo oleh Adibah menerusi medley Joget Pahang dan Joget Berhibur. Kumpulan rock, Def Gab C juga tidak ketinggalan untuk cuba ‘beralih angin’ ke genre joget dengan menyampaikan lagu Joget Cinta Sakti, sebelum pentas diambil alih pula oleh Senario sekali lagi dengan membawakan lagu Joget Toleh Menoleh.

Tirai persembahan ditutup dengan kemunculan sekali lagi Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Kurik Kundi, sebelum disertai oleh semua barisan artis menyampaikan lagu raya Sesuci Lebaran serta berjoget lambak beramai-ramai dengan ‘diketuai’ oleh Fara sendiri.

Siti Nurhaliza

[tags]Fara fauzana, joget lambak, fara hot fm, laman web fara fauzana, blog fara, joget lambak hari raya tv3, program tv hari raya, Joget Lambak Bersama Fara, gossip fara, gossip melodi terkini, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M.Daud Kilau, Adibah Noor, Jay Jay, Senario, Fabulous Cats, Fahmi Mentor, angkasawan malaysia live, gambar terkini siti nurhaliza, siaran langsung angkasawan malaysia, gambar angkasawan malaysia, soyuz tma, majalah urtv online, 3gp fara main bola, futsal video youtube[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007