in ,

Sekitar Zoom In Bob AF2 Bersama Kaer & Amylea

Bob bukan sahaja mementingkan rangkaian dari albumnya sendiri bahkan beliau mengabadikan lagu-lagu dari idola dan sumber inspirasinya.

Untuk foto-foto Zoom In Bersama Bob sila klik:

Pada Sabtu (10 Mac) lalu, saya dan Tobymiaw ke Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur untuk mengikuti rakaman Zoom In Bersama Bob AF2. Terima kasih Pakcik MMA kerana sudi menghulurkan pas masuk.

Kami tiba di Angkasapuri tidaklah lewat sangat. Tu pun sebab Tobymiaw terpaksa berpatah pulang sebab tertinggal henset. Kesian…

Sementera menunggu Toby sampai saya pula sempat menonton Raja Lawak Akhir. Katanya, 5 finalis akan berentap pada malam ini. Ramai yang setuju, mutu lawak para peserta Raja Lawak musim pertama tidak mencapai standard atau piawaian yang ditetapkan.

Walau apa-apa pun, tahniah kepada Yus kerana telah menjuarai Raja Lawak. Saya ingat Johan yang akan menang. Tetapi, di saat akhir katanya lawak Johan terlalu hambar dengan gaya yang slapstik dan meniru gaya Salleh Yaakub. Yus mungkin dipilih oleh pengundi kerana keunikan dan lawaknya yang lebih bijak. Dengan gelaran juara Raja Lawak, Yus membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah kereta TD 2000 bernilai RM 145,311, barangan elektrik tajaan AOWA bernilai RM6,485 dan sebuah trofi.

Paling menarik, Yus akan mendapat tawaran mengacarakan program beliau sendiri di Astro. Mampukah Yus nanti? bagaimana pula nasib-nasib peserta yang tidak berjaya?

Hadiah Naib Juara disandang oleh Johan, tempat ketiga pula Zizan, keempat (Taukeh) dan kelima (Angah), masing-masing adalah berupa barangan elektrik tajaan AOWA dan pakej percutian.

Tahniah kepada pemenang. Juga kepada astro kerana berusaha sedaya upaya meramaikan lagi pelawak di Malaysia. Satu perkara yang bukan senang kerana lawak bukan datang secara teknikal & pembelajaran sahaja, malah peserta itu perlu ada bakat semulajadi dan idea yang bernas.

Berbalik kepada cerita Zoom In Bob. Setelah meredah jalan-jalan lengang hujung minggu, saya dan Toby tiba di perkarangan Auditorium dalam jam 8.20 malam.

Kebetulan Pakcik MMA & the gang masih lepak di luar. Kiranya ini pertama kali bertemu dengan Pakcik MMA, seorang blogger yang pemalu katanya. Dulu saya pernah terserempak dengan Pakcik MMA dengan aweksnya semasa keluar pawagam di TGV KLCC. Tapi segan lak nak tegur.

Rakaman bermula lebih kurang jam 9 malam. Pada saya, kemunculan Bob dan bintang-bintang lain seperti Felix dan Yazer untuk program hiburan Zoom In di RTM menjulang kembali nama mereka di kaca mata penonton rangkaian RTM.

Walaupun Bob berasal dari program realiti TV Akademi Fantasia terbitan astro, namun tidak ada diskrimasi dalam hal ini. Elok kiranya selepas ini, RTM menjemput pula bintang AF yang lain seperti Marsha, Velvet, Akma dan lain-lain yang dah berkubur tu. Ops!

Bukankah sekarang ini di astro sedang hangat dengan Akademi Fantasia musim baru? Kan tak ada masa lagi untuk menonjolkan bintang-bintang lama macam diorang nih. Maka, tinggallah mereka dalam keadaan yang layu dan suram. Jadi, saya kira usaha murni RTM untuk mengambil alih tugas bagi menaikkan kembali bintang-bintang yang hampir tenggelam ini patut dipuji. RTM jugak yang mahu ambik.

Bukan apa, artis program realiti TV seperti Akademi Fantasia memang sinonim dengan istilah mee segera. Kita tengoklah apa yang akan jadi dengan Akademi Fantasia ke lima yang sudah bermula sekarang ini. Melihat pada pelajarnya memang ada gaya bintang tetapi suara tak tahu lagi macamana.

Setakat ini, saya hanya memilih Heliza dan Aizat kerana terpengaruh dengan aspek-aspek tertentu. Membaca profile dan muka yang sedap mata memandang tidak cukup. Tunggu sahaja Konsert Pertama nanti yang akan diadakan di Dewan Sivik MPPJ Petaling jaya.

Bob memanaskan pentas dengan lagu dari album pertamanya, Rindu Sakti. Sebuah lagu berirama etnik latin ciptaan Ajai dan lirik pula oleh Loloq. Saya tidak berapa suka dengan lagu sebegini. Suara Bob sebenarnya fleksibel dan dia boleh menyanyikan pelbagai genre muzik. Namun, untuk lagu ini hanya sekadar dengar tanpa minat. Saya lebih suka dengan lagu-lagu balada daripada Bob berbanding lagu-lagu rancak, dance music atau fast tempo.

Paling tidak pun, saya berpuas hati dengan pemilihan lagu pada malam ini. Bob bukan sahaja mementingkan rangkaian dari albumnya sendiri bahkan beliau mengabadikan lagu-lagu dari idola dan sumber inspirasinya. Kata Bob, selain M. Nasir dan Zainal Abidin, beliau juga mengkagumi penyanyi atau lagenda rock terkenal, Amy Search.

Jadi, saya percaya Bob punya bakat dan suaranya tersendiri dengan membuktikan pada audien dia boleh menyanyikan lagu penyanyi lain dengan gayanya tersendiri. Lagu Puteri (Zainal Abidin) memang lunak dan mendayu. Lagu Saat Ku Idamkan (Amy Search) dan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud (M. Nasir) tidak mengecewakan saya kerana Bob memang pakar dalam memberikan penghayatan yang mendalam.

Bob seperti biasa masih lagi pandai bergurau dan pandai berkomunikasi dengan audien. Tidak seperti Kaer yang saya rasa banyak lagi yang boleh diperbetulkan dan Kaer seharusnya belajar lebih banyak lagi bagaimana untuk berinteraksi dengan peminat ketika di atas pentas.

Bob tidak lupa menyanyikan rangkaian lagu medley Salam Terakhir dan Laguku Untukmu. Memang suara Bob cemerlang untuk kedua-dua lagu ini. Lagu My Baby You (Marc Anthony) pun tidak kurang hebat di tangan Bob. Mendayu dan saya rasa saya terbuai dengan lagu tersebut. Jiwang betul.

Lagu Cinta Seorang Teman sudah menjadi lagu wajib bagi Bob. Orang kata tak sah kalah Bob tak nyanyi lagu yang memperkenalkan dirinya ke persada seni suara. Namun, apa-apa pun pendapat orang, saya kira lagu Pengalaman Cinta hasil ciptaan Hazami menjadi favourite saya.

Vokal Bob betul-betul diuji dalam lagu balada ini kerana dari nada rendah hinggalah ke nada yang tinggi setinggi-tingginya Bob tercabar untuk membuktikan dia bukan calang-calang penyanyi. Bob juga memang pakar membuat suara meneran… hik hik.. Faham-faham la ya maksud saya.

Seronok betul saya apabila Bob menjemput 6 orang kanak-kanak kecil molek lagi kiut miut mendendangkan lagu dangdut yang disuntik dengan irama Zapin. Lagu Indonesia ini pernah dinyanyikan oleh Bob ketika kunjungannya di jakarta. Tak ingat apa tajuknya.

Seronok tengok kanak-kanak menari Zapin sampai saya tak menumpukan tumpuan pada nyanyian Bob. Di minit terakhir, Bob, Kaer dan Amylea berduet membawa lagu-lagu dari berirama rancak.

Sebagai artis jemputan, Kaer membawa lagu berentak etnik berjudul ‘Menjelma’. Juga lagu dari OST My Heart. Amylea pula menyanyikan lagu dari album terbarunya serta sebuah lagu rancak dari Rossa berjudul Pudar. Kira sedap la jugak.

Rakaman terpaksa dibuat berulang-ulang juga sebab kesilapan terutamanya ketika nyanyian Kaer. Tu je yang leceh datang masa rakaman. Banyak masa terpaksa dibazirkan. Namun saya tetap seronok malam tadi kerana Kaer telah menyanyikan lagu siulan saya ketika ini iaitu Izinkan Ku Pergi. Terkilan sangat-sangat sebab ada dua lagi lagu yang paling sedap Kaer tidak nyanyi iaitu lagu Dalam Kenangan dan Hilangnya Cinta.

Rakaman ditamatkan dengan lagu Teman Tapi Mesra dengan menggandingkan ketiga-tiga bintang itu. Semua penari turut memeriahkan pentas termasuk kanak-kanak penari zapin tadi. Lucu dan seronok sangat tengok muka-muka sempoi diorang nih…

Masa nak balik, sempat ambil gambar Kaer dan peminatnya. Pengurus pentas beri masa yang singkat untuk bertemu diorang. Lagi satu, sebenarnya penonton tidak boleh membawa kamera atau mengambil gambar kerana produk ini adalah milik mutlak RTM. Habislah sekali ini… Tapi cam tak happening la tak dapat ambik gambar…

Sebenarnya konsep Zoom In tidak berapa happening sebab tidak ada respon hangat dari audien. Untuk lebih gamat dan nampak gempak, konsep perlu diperbaiki dengan membawa sekumpulan penonton berdiri. Seperti yang dibuat oleh Dari Studio Satu terbitan astroria di mana penonton tidak perlu diarah dan dipaksa untuk bertepuk tangan dan bersorak.

Terima kasih Pakcik MMA sekali lagi atas sudi menjemput warga Sensasi Selebriti. Juga kepada Toby yang sudi jadi teman. Kesian dia, penat katanya petang tadi kena pergi Alamanda untuk jumpa Marsha dan Akma di Gempak Selebriti Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem CHERMIN Lakonan Natasha Hudson & Farid Kamil

Showcase Sunday Nite Live Hazami with Soul Friends di Planet Hollywood