in , , ,

Sinopsis Filem CHERMIN Lakonan Natasha Hudson & Farid Kamil

Saya baru sahaja menerima jemputan bagi menghadiri Majlis Pra Tonton Filem Chermin yang bakal menemui penonton pada 22 Mac ini. Terima kasih kepada Starry Eye Productions kerana sudi menjemput warga Sensasi Selebriti.

Untuk itu, saya perlu menjalankan tugas seperti biasa iaitu mempromosikan filem ini. Dan berikut adalah sinopsis serta info tentang filem Chermin yang dilampirkan bersama melalui email.

416159100 238038C546 O | 4
Poster Filem CHERMIN

PENGENALAN FILEM CHERMIN

Chermin adalah sebuah filem cetera Starry Eye Productions yang pertama. Starry Eye Production merupakan sebuah syarikat penerbitan tersendiri yang baru ditubuhkan oleh adik-beradik penerbit Ummi Khaltoum Abdullah dan penulis/pengarah Zarina Abdullah.

Chermin adalah sebuah filem seram yang sangat indah. Ia menampilkan barisan bintang-bintang veteran dan penghibur-penghibur baru Malaysia yang paling berbakat seperti Deanna Yusoff, Natasha Hudson, Khatijah Tan, Farid Kamil dengan penampilan istimewa oleh Dato’ Mustapha Maarof, M.Rajoli dan Fauziah Nawi.

Ia juga menonjolkan seni perfileman, arahan seni dan koleksi kostum yang menakjubkan; kesan visual yang mengagumkan dari Oriental Post, sebuah syarikat post produksi Thailand yang bertaraf dunia; pengadun warna filem yang mengusahakan filem Kung Fu Hustle; muzik asal digubah oleh komposer pemenang anugerah Adelina Wong dan runut bunyi Dolby direka oleh pereka bentuk bunyi Hollywood yang pernah mengusahakan filem The Last Samurai dan Terminator 3.

Filem ini dibiayai oleh tabung filem Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA).

SINOPSIS FILEM CHERMIN:

Chermin adalah kisah seram yang sangat mendebarkan. Ceritanya mengenai seorang perempuan yang rohnya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik. Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri.

416159134 B9F85B2Edd | 5
Imej dari Filem Chermin
Tagline: “Bayangan Mu Menyeramkan”

Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya. Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya.

Harga yang harus dia bayar ialah memuaskan tuntutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam. Apakah dia sanggup mengorbankan cinta demi keangkuhannya? Adakah dia mampu melihat ke dalam dirinya dan melihat kecantikan dalamnya? Atau apakah yang tercermin di hatinya adalah bayangan cermin itu? Jangan lupa untuk mengikuti kisah selanjutnya. Saksikan di pawagam berdekatan mulai 22 Mac ini!

Untuk menonton trailer sila klik di sini: Trailer Filem Chermin

INFO FILEM CHERMIN

Sebuah Filem Oleh:
Zarina Abdullah

Dengan Kerjasama:
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)

Dibintangi:
Deanna Yusoff

Dan Memperkenalkan:
Natasha Hudson

Dibintangi Bersama:
Khatijah Tan
Farid Kamil
Soffi Jikan
Farah Ahmad
Sheila Mambo
Maimon Taib
Haryanto Hassan
Lisdawati
Ghazali Abu Noh
Catriona Ross

Penampilan Khas Oleh:
Dato’ Mustapha Ma’Arof
M. Rajoli
Fauziah Nawi

Penata Muzik:
Adeline Wong

Penata Bunyi:
Kantana & Addaudio

Solekan & Pakaian:
Adnan Rahman

Pengarah Seni:
Andy Sulaiman

Perunding Pos Produksi:
Kate James

Pos Produksi:
Oriental Post.Co.Th

Penerbit Eksekutif:
Ummi Khaltoum Abdullah

Penulis, Penyunting & Pengarah:
Zarina Abdullah

Watak Utama:
Mastura – Deanna Yusoff
Nasrin – Natasha Hudson
Mak Siti – Khatijah Tan
Yusuf  – Farid Kamil
Mak Ngah – Maimon Taib
Pak Din – Dato’ Mustapha Ma’Arof
Pak Ungku – M. Rajoli
Mak Lang – Fauziah Nawi
Minah – Sheila Mambo
Zakaria – Soffi Jikan
Rosnah – Farah Ahmad
Hassan – Haryanto Hassan
Zahrah – Lisdawati
Bomoh – Ghazali Abu Noh
Yasmin – Catriona Ross
Mak Andam – Maimunah Ahmad
Yati – Seri Suraya Razaman
Yakub – Irwan Iskandar Bin Abidin
Mak Din – Mariaty Hussin
Pak Man – Aziz Nani
Pak Ya – Kamaruddin Abdullah
Doctor – Dato’ Dr Hj Abu Hassan Asaari Abdullah
Nurse – Yogeswari A/P Vello

416191432 6C9C9690Be | 6

Pelakon tambahan:
Orang Kampung Janda Baik
Ghazal Group – Aneka Ghazal
Stuntman – Najmi Bin Ismail
Wan Halimatussadiah Mad Daud
Salmiza Abdul Kadir
Harison Binti Din
Juliana Binti Abd Samad
Yati Alawiyah Mohd Nor
Ziela Johan
Jamilah Ismail
Ramlan Abd Ghani
Mohd Hairulsyukree Zawawee
Yati Alawiyah Mohd Nor
Puan Hasmah Binti Haji Harun
Haji Mohd. Said Bin Karim
Ummi Khaltoum Abdullah

Layari: http://www.chermin.com.my

Antara gambar dan foto dari filem CHERMIN:

421844197 0658E0A591 | 7
421844071 5Bd2060Bb5 | 8
421843867 2Fcf70520E | 9
421843018 5Fff96D29D | 10
421842983 8Bd4442270 | 11
421842297 5D603861Bc | 12

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 40

BMW Shorties 2007, Tahniah Buat Penulis Blog Terkemuka Tok Rimau!

Bob Yusof | 41

Sekitar Zoom In Bob AF2 Bersama Kaer & Amylea