in ,

Showcase Sunday Nite Live Hazami with Soul Friends di Planet Hollywood

Sayangnya, hanya dibuat satu malam sahaja. Tidak seperti showcase yang sebelum ini, Showcase Hazami hanyalah One Nite Only katanya. Kira eksklusif la jugak ya?

Untuk foto-foto Showcase Hazami – Sunday Nite Live, sila klik:

Sebelum memulakan bicara, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Planet Hollywood terutama Erlina sebab sudi menjemput warga Sensasi Selebriti. Ternyata, Sunday Nite Live – Hazami & Soul Friends pada 11 Mac lalu di Planet Hollywood memang saya tunggu-tunggu kerana saya amat gemar dengan vokal mantap Hazami.

417748079 F6C1B30A49 O | 4

Dengan ditemani Tobymiaw, saya sampai pada jam 10.20 malam. Sempat menonton siaran Tirai Akademi Fantasia 5 bahagian kedua. Ternyata, saya begitu terkilan kerana tidak dapat mendengar suara pelajar lelaki. Pelajar perempuan sudah saya dengar di Tirai AF bahagian pertama. Itu pun ciput jek. Kedekut betul astro nih.

Lagi satu, kejutan untuk pelajar semua nampak palsu kecuali Dekna. Yang lain semuanya hampeh. Nampak sangat diorang ni disuruh berlakon dengan semua kejutan yang agak sama dengan musim terdahulu. Sudah tidak ada idea lain ke? Kata AF kali ini lebih dramatik?

Kemudian semalam apa jadi? Diari yang sepatutnya disiarkan pada jam 9 malam telah ditukar dengan Tirai AF part 2. Apa kes? Ni dah kira astro tak tepati janji. Siaran ditunda pada jam 10 malam. Tapi kenapa hanya setengah jam je? Kata Diari AF akan siar selama 1 jam? Apa dah jadi? Ini kah dia yang dikatakan dramatik dan meletop sangat tuh?

Dahlah tak nak saya carut lebih-lebih, karang tak boleh masuk Dewan Sivik tengok konsert mingguan lak…

417737416 D5Fe6063C3 O | 5
Rudy Imran & Mr Manager

Di meja yang mengadap pentas kelihatan Mr. Manager sedang duduk bersama Rudy Imran (Harian Metro), Jimmy (Audition musim pertama) dan Amylea (AF3) bersama bapanya. Sebenarnya, saya tidak merancang untuk duduk semeja dengan Mr. Manager

Tapi akhirnya, saya diberi kerusi betul-betul berhadapan dengan pentas. Kesian Toby sebab terpaksa berdiri sorang-sorang kat sana. Dah alang-alang dapat jemputan dari PH, duduk sahajalah di meja press katanya. Kata Mr. Manager, larat ke nak berdiri 2-3 jam? Alah.. tu kira alah bisa tegal biasa. Anyway, thanks Vernon!

Duduk depan-depan nih bahaya sih sebab takut Hazami hulurkan mic suruh nyanyi… kang tak pasal-pasal Hazami takleh cari makan, kan. Hahaha… tapi oklah duk depan senang sikit nak ambik gambar. Tidak lama kemudian, Klubbkidd datang dengan kawannya, Ted. Setakat ni, Klubbkidd tidak ada calon pelajar yang berjaya menarik perhatiannya. Anda pula bagaimana? Dah ada pelajar untuk diundi?

417743547 D2Fb8C9Eb8 O | 6

Foto: Nikki (Malaysian Idol musim pertama), Siti Sarah (Bintang RTM 2001) dan Amylea (Akademi Fantasia 3), antara ‘Soul Friends’ Hazami. Ketiga-tiganya punya vokal yang power giler! Tengoklah siapa sifoo vokal diorang. Selain jadi guru vokal, Hazami juga pengubah lagu diorang. Mantap sih!

Hazami menghangatkan pentas dengan lagu yang telah memenangi kategori “Persembahan Terbaik?? dan Juara Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke 20, Kata. Tidak sah lagu ini kalau tidak ada pasukan koir. Jadi, sepanjang persembahan lebih 1 jam ini, Hazami diiringi oleh 7 orang penyanyi koir dibawah bimbingannya. Tidak masuk lagi 3 orang penyanyi latar yang pakai serba hitam tu… Jadi, korang boleh bayang camna gempaknya show Hazami dengan serombongan koir nih kan. Kira penuh sendatlah pentas jadinya.

Hazami tidak lupa dengan untuk menyanyikan lagu Pencinta Wanita (Irwansyah) ciptaan pengubah lagu yang dikaguminya, Melly Goeslow. Kemudian, Hazami berucap dan berinteraksi dengan hadirin. Hazami memang soft spoken dan cukup humble kalau bercakap.

Lagu Sonata Musim Salju juga dibawa untuk mengimbau kembali zaman kelahiran Hazami. Lagu tema drama Korea ini dikatakan telah memperkenalkan Hazami. Sempat kasi mikrofon kat Jimmy Audition yang berada di sebelah saya. Kira sedap la jugak suara Jimmy. Menurut Jimmy, dia sekarang menyanyi di kelab dan di hotel.

Lagu dari Agnes Monica – Tak Ada Logika diteruskan oleh Hazami menambah gamat penonton. Hazami sempat cakap yang dia jarang terkena gosip. Apa kes nak gosip Hazami kan? Sebab tak ada logika nak reka gosip. Yang penting Hazami masih dapat publisiti dan sokongan dari rakan media.

Masa Hazami nyanyi lagu Mariah Carey – Vanishing saya terkesima dan berkata.. “WOW!” Memang lagu ini antara lagu yang menjadi medan untuk Hazami menunjukkan kemahiran vokalnya yang unik dengan buat whistling yang power.

Lagu ciptaannya untuk Fazli Zainal, Harapan turut diperdengarkan. Sedap sungguh! Penonton yang datang pun turut sama nyanyi. Kira diorang nih enjoy la jugak.

Lagu rancak ciptaan Johan Farid dan Omar Khan, Diari Cinta Kita dinyanyikan dengan sedikit goyang oleh Hazami. Kemudian, lagu Tekad yang dikatakan oleh Hazami sebagai lagu doa buat insan-insan malang. Kalau anda semua hayati betul-betul bait lirik lagu Tekad, memang ada unsur motivasi mengajar kita erti ketabahan mengharungi hidup. Yang uniknya, lagu ini diselit dan digabungkan dengan lagu Hero (Mariah Carey). Fuh! Memang kena.

Kreatif sungguh Hazami nih. Show berehat dalam 15 minit. Saya ambil masa dengan minum 7-up sambil borak-borak dengan Ted.Show kedua, Hazami nyanyi lagu Fantasia dan sebuah lagu Inggeris, Stand By Me. Sebuah lagu yang ditujukan khas buat semua peminatnya yang selama ini banyak menyokong kariernya.

Kata Hazami, “I’m not afraid of anything because of you all.” Skill vokal dia macam black singer pun ada.Hazami jemput 3 gadis Dreamgirls (Nikki, Siti Sarah & Amylea) naik atas pentas.

Semua nyanyi lagu yang digubah oleh Hazami. Pendek kata, suara masing-masing memang power. Kira macam nak bertanding suara siapa yang lebih power. Dalam tiga orang tu, saya rasa suara Nikki masa nyanyi lagu Pinta paling power sebab dia boleh buat whistling.

Amylea berduet sama Hazami untuk lagu Andai Kerna Pasti. Lagu ciptaan Hazami. Sedap & hebat!

Hazami minta maaf sebab album ketiganya lambat menemui peminat. Tak pe, bagi saya, biar lambat asalkan album tu bermutu. Sempat nyanyi lagu terbarunya yang akan berada di pasaran dalam bulan Mei ini. Kira ni eksklusif sebab pertama kali Hazami nyanyi untuk khalayak. Lagu tu kalau tak silap berjudul, Ayuh! Something like that la.

Persembahan Hazami diiringi oleh Syah (gitaris), Ujang (drum), Norman (Bass), Steve Thornton (alat perkusi) dan diarahkan oleh Acis (keyboard).

Slot terakhir diakhiri dengan lagu Coretan Cinta yang sepatutnya dinyanyikan bersama Dayang Nurfaizah. Tapi Dayang tidak hadir. Kesian Hazami kena nyanyi sorang-sorang. Ironinya, Hazami lepas tu nyanyi lagu dari Kumpulan Samsons berjudul Kenangan Terindah. Lagu Mungkir Bahagia menjadi penutup show pada malam tu. Lagu ini memang sedap sebab ada iringan koir.

Ramai peminat tak berpuas hati sebab masa show Hazami terlalu singkat. Saya pun rasa sekejap sangat. Tapi tak pe, mungkin Hazami boleh rancang untuk buat konsert di lain masa.

Antara foto yang sempat saya ambil:

417730956 C249941Dd1 | 7
417727896 Bc908Fef4A O | 8
417730174 Ac69C7D7Ab O | 9
417732970 54C6Ca3B94 O | 10
417731791 8E2Eac057F O | 11
417734926 F3F6303Ccb O | 12
417739791 Aa5Dc753Fe O | 13
417750994 E14105719C O | 14
417741354 0C73Be95D1 O | 15
417736078 7D19C0165F O | 16
417735497 6671A43775 O | 17
417737993 Cafb6636F0 O | 18
417747772 6D027C82E1 O | 19
417750701 224E103Ecd O | 20
Dreamgirls?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bob Yusof | 54

Sekitar Zoom In Bob AF2 Bersama Kaer & Amylea

Dafi 2020 | 55

Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama di Akademi Fantasia 5