in ,

Sekitar Bowling Aaronators Kelab Peminat Aaron Aziz

Sekarang ni kan, banyak betul kelab peminat yang baru yang tumbuh macam cendawan. Dari sikit-sikit, lama-lama jumlah peminat semakin ramai. Ini untuk artis tu sendiri. Ya, kalau tidak kerana sokongan artis, pastinya bakat tak kemana juga. Sokongan artis sangat penting, terutama sekali semasa menjelangnya anugerah yang melibatkan undian seperti ABPBH. Jadi, nak tak nak, ada peminat yang sukarela menubuhkan kelab peminat untuk menaikkan nama artis pujaan mereka. Tapi bila dah ramai-ramai tu, ada pulak kelab peminat yang berpecah belah. Itu dah biasalah kan. Bukan semua satu kepala.

Tapi Budiey harus memberi pujian kepada Aaronators, Kelab Peminat Aaron Aziz yang semakin lama semakin bersatu padu dengan menganjurkan perlawanan bowling bersama-sama. Acara berlangsung pada jam 11 pagi semalam (28 Januari 2012 – Sabtu) di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square.

Dengar ceritanya, Aaron Aziz sendiri tak lupa untuk hadir. Walaupun datang agak lewat iaitu semasa penyampaian hadiah, namun, Aaron Aziz telah menyumbangkan sejumlah wang tunai untuk para pemenang iaitu tiga tempat teratas. Aaronators ucap terima kasih banyak atas kesudian Aaron Aziz hadir dan menyumbangkan hadiah kepada pemenang. Hadiah-hadiah seperti barangan daripada Drive M7 dan Badai Semalam diberikan kepada pemenang.

Uniknya, nama kumpulan bowling pula diberikan berdasarkan drama-drama, filem-filem dan telemovie yang pernah dilakonankan oleh Aaron Aziz. Hadir bersama juga isteri, Aaron Aziz ternyata gembira kerana dapat bertemu dengan peminat setianya.

Kredit gambar: Aaronators FC

Bowling Aaronators

Bowling Aaronators

Bowling Aaronators

Bowling Aaronators

Bowling Aaronators

Bowling Aaronators

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Ning Baizura di Kempen Sydney AirAsia X

Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun