in ,

Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun

Sempena Hari Maulidur Rasul yang akan mendatang ini, Budiey ingin berkongsi sebuah music video terbaru Hafiz Hamidun dari album Zikir Terapi Diri.

Setelah 4 minggu album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun berada di pasaran, kini beliau tampil dengan sebuah lagi klip video dari album tersebut iaitu zikir Astaghfirullah. Klip video ini dirakamkan di sekitar KLCC Kuala Lumpur, disampaikan dengan cara yang ‘sempoi’ dan bersahaja, sesuai dengan pendekatan berzikir walau di mana sahaja. Ini adalah salah satu usaha dari pihak Hafiz Hamidun dan syarikat rakaman Arteffects International untuk menonjolkan keindahan kota Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia yang dicintai.

Sehingga kini album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun telah pun berada di pasaran di seluruh negara, khususnya di kedai-kedai buku agama dan kedai-kedai CD utama. Sebanyak 11 ribu unit telah pun dicetak dan dijual dan angka ini memberi petunjuk bahawa industri muzik tanah air kini mula menunjukkan kesan positif terhadap sambutan pembeli, terutamanya dari segi jualan album secara fizikal.

Bermula bulan Februari ini juga klip-klip video dari album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun juga akan mula disiarkan di Astro Oasis, serta boleh juga didapatkan dalam bentuk DVD tidak lama lagi. Sebarang makluman lanjut boleh diikuti terus di twitter Hafiz Hamidun @HAFIZHAMIDUN dan di facebook page Hafiz Hamidun www.facebook.com/hafizhamidunfanpage

Selamat menghayati alunan Zikir Terapi Diri – Astaghfirullah sempena sambutan Hari Wilayah dan Maulidur Rasul yang bakal menjelang.

Link video: http://youtu.be/9NcS_2Io9t4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Bowling Aaronators Kelab Peminat Aaron Aziz

Gambar Dynas Mohktar di Karnival Karangkraf 2012