in ,

SAVE THE DATE Dedah Blind Date Untuk Cari Jodoh

Adakah dia bakal kekasihku? Saksikan program terbaharu hurr.tv, Save the Date yang menyaksikan dua individu asing bertemu buat pertama kali dan membuat keputusan sama ada mereka boleh maju ke fasa seterusnya atau tidak.

Tonton Save the Date yang disiarkan di laman web, YouTube dan aplikasi hurr.tv setiap Jumaat bermula 7 Februari 2020 pada jam 5 petang. Program ini menemukan dua individu yang masih tiada dalam mana-mana hubungan dan melakukan blind date di studio hurr.tv. Sesi ice breaking dimulakan dengan masing-masing memperkenalkan diri serta berkongsi latar belakang yang lain. Pada setiap episod, sejenis permainan turut diadakan bagi melihat keserasian dua individu asing berkenaan. Di akhir program, mereka akan membuat keputusan sama ada untuk ke fasa seterusnya ataupun tidak.

1

“Program ini amat menarik kerana ia menjadi pencetus kepada hubungan yang lebih mesra di masa akan datang bagi individu terbabit.

Sama ada mungkin menjadi pasangan kekasih ataupun rakan baik, ia terletak kepada keserasian mereka sepanjang program ini berlangsung.

Tanpa elemen keterlaluan atau melanggar batasan agama, program ini adalah hiburan ringan yang memfokuskan kepada hubungan dan komunikasi real-time berbanding hanya perkenalan melalui laman sosial,”

– Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.
4

Pelbagai ragam spontan dan menarik dapat disaksikan menerusi Save the Date. Adakah dua individu asing berkenaan boleh mencapai keserasian dan membawa hubungan mereka lebih lanjut ke fasa seterusnya?

Jangan ketinggalan menonton Save the Date hanya di hurr.tv. Program ini dibawakan oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, MUCA.

2 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip AKHIR ZAMAN Bunkface Diturunkan dari Youtube?

Tamat Khidmat CEO FINAS, Ahmad Idham Sedia Buat Comeback