in ,

Tamat Khidmat CEO FINAS, Ahmad Idham Sedia Buat Comeback

Semalam merupakan tarikh akhir buat Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 46, menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Menurutnya, walaupun hanya berkhidmat selama setahun namun dia merasakan keikhlasan setiap pekerja yang menerima baik kehadirannya di situ. 

“Kontrak saya telah tamat semalam, saya sudah berikan yang terbaik walaupun hanya setahun saya berkhidmat di situ. 

“Saya dapat lihat sendiri staf meminta saya jangan berhenti dan nampak kedukaan mereka itu, namun perkara ini semua adalah di luar bidang kuasa saya,”

– Ahmad Idham

Susulan penamatan kontraknya itu, Idham berkata dia bersedia untuk membuat kemunculan semula dalam bidang pengarahan dan lakonan. 

“Sebagai anak seni, memang tidak dinafikan saya merindui dunia pengarahan dan lakonan. Saya bersedia untuk buat ‘comeback’ dan sama-sama bangunkan industri,”

– Ahmad Idham

Sementara itu, Idham menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang timbul bahawa perkhidmatannya ditamatkan disebabkan perubahan kerajaan baharu, baru-baru ini. 

Menurutnya, kontraknya memang berakhir pada bulan ini seperti mana yang telah tertakluk kepada perjanjian sebelum ini. 

“Saya ada dengar dakwaan orang cakap saya ditamatkan perkhidmatan sebab perubahan kerajaan baharu. Saya sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut.

“Pada mulanya, memang saya dilantik sebagai CEO FINAS selama dua tahun, namun tempoh perkhidmatan telah dipendekkan menjadi setahun pada bulan Januari lalu dan ini adalah persetujuan bersama saya dengan pihak FINAS. 

“Jadi tiada isu yang mengatakan kontrak saya terpaksa ditamatkan disebabkan perubahan kerajaan baharu. Memang sampai di sini sahaja perkhidmatan saya bersama FINAS seperti yang termaktub dalam perjanjian bersama kami,”

– Ahmad Idham

Idham sebelum ini pernah direhatkan selama sebulan pada Disember lalu namun kembali bertugas pada 10 Januari lepas selepas pelbagai kontroversi melanda agensi berkenaan.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAVE THE DATE Dedah Blind Date Untuk Cari Jodoh

Aliff Syukri Menangis Airmata Darah Luah Rasa Kesal Dikecam Masyarakat