in ,

Muzik Jam Kembali Bagi Musim Ke-2 di Hurr.TV

Undi Talent Kegemaran Anda!

Studio hurr.tv kembali bergema! Muzik Jam akan kembali bersiaran bagi musim ke-2 secara langsung eksklusif dibawakan oleh laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv.

Program muzik online musim ke-2 ini menampilkan individu yang tidak asing dalam bidang pengacaraan radio dan televisyen iaitu Jaa Suzuran sebagai hos. Episod web pertama boleh ditonton di laman web dan aplikasi hurr.tv bermula pada 3 Oktober 2018 jam 8.30 malam. Program ini akan bersiaran secara langsung bagi 12 episod web. Manakala episod web penuh akan disiarkan di YouTube hurr.tv.

Muzik Jam Kembali Bagi Musim Ke-2 Di Hurr.tv

Muzik Jam musim ke-2 akan menampilkan kelainan dengan pihak produksi bukan sahaja menjemput YouTuber, malah akan membawa masuk beberapa artis dalam kategori ‘Budak Baru Nak Up’ atau BBNU yang telah muncul dengan single terbaharu untuk bersaing secara akustik atau minus one.

Sekali lagi, penonton memainkan peranan penting bagi menentukan nasib YouTuber atau artis kegemaran untuk muncul sebagai pemenang mingguan melalui undian yang dilakukan secara langsung. Pemenang yang muncul sebagai juara mingguan akan menerima Vita Ampul Pencerahan daripada produk penjagaan wajah dan kulit MUCA. Manakala mereka yang muncul juara tiga minggu berturut-turut akan menerima sebuah telefon pintar tajaan HOTWAV.

Lebih menarik, setiap minggu penonton juga berpeluang memenangi telefon pintar HOTWAV dan Vita Ampul Pencerahan daripada MUCA dengan menjawab beberapa soalan yang diberikan secara langsung semasa menonton Muzik Jam.

“Muzik Jam musim pertama berjaya menarik lebih 1.9 juta tontonan bagi keseluruhan 12 episod yang dimuatnaik di YouTube hurr.tv. Manakala gabungan laman web dan aplikasi telefon pintar hurr.tv pula mencatatkan lebih 52 ribu tontonan. Ia memberikan kami keyakinan untuk muncul dengan Muzik Jam musim ke-2 yang bukan sahaja tampil dengan beberapa kelainan dan hos baharu, malah turut mendedahkan bakat-bakat tempatan terkini untuk lebih dikenali.” – Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly

Episod web pertama yang disiarkan pada 3 Oktober 2018 menyaksikan dua bakat iaitu Wafiy dan Kucaimars bersaing untuk muncul juara dan pemenang akan ditampilkan pada episod web berikutnya. Antara senarai artis lain yang bakal bersaing adalah Syada Amzah, Masya Masyitah, Farisha Irish, Megat Rahim, Aziz Harun dan Ben Ladin.

Muzik Jam musim ke-2 mendapat tajaan oleh pembekal telefon pintar HOTWAV serta produk penjagaan wajah dan kulit, MUCA.

Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti hurr.tv di: Website │Facebook │YouTube│ Instagram │Twitter

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sesi Uji Bakat Mentor 7 Berakhir!

Ramai Teruja Bila Kali Pertama Melihat Poster & Teaser Filem POLIS EVO 2