in , ,

Misi Pencarian Hos Live Streamer Terbaik Oleh Datuk Aznil Nawawi Kini Bermula

“Jual Letop” Menawarkan Peluang Untuk Menangi Hadiah Wang Tunai RM50,000

Datuk Aznil Nawawi kini telah memulakan misi pencarian hos live streamer terbaik menerusi program “Jual Letop” yang disiarkan secara langsung mulai 19 November 2020, 8.30 malam di laman web hurr.tv, YouTube, Facebook dan aplikasi hurr.tv. Episod pertama boleh diakses menerusi pautan https://fb.watch/1SW0D0T8jM/.

“Saya dapat membuat kesimpulan bahawa setiap video penyertaan yang dihantar oleh orang ramai mempunyai keunikan tersendiri dan mereka mempunyai karakteristik yang menarik untuk digilap bagi menjadi hos live streamer terbaik.

Kesungguhan orang ramai untuk menghantar video penyertaan amat dihargai dan saya teruja untuk membantu setiap peserta terpilih dalam menonjolkan bakat terpendam mereka dengan ilmu dan pengalaman saya dalam bidang pengacaraan ini,”

– Datuk Aznil
Jual Letop

Episod pertama yang bersiaran pada 19 November 2020, menyaksikan Datuk Aznil bersama personaliti jemputan iaitu penyanyi dan pelakon Cik Manggis, meneliti video daripada orang ramai sejak penyertaan dibuka pada 22 Oktober sehingga 15 November 2020 lalu. Lebih 200 video penyertaan telah diterima menerusi Facebook dan Instagram. Daripada jumlah itu, mereka telah menyenarai pendek hanya 50 peserta terbaik untuk ke peringkat seterusnya.

Episod ini turut mengumumkan tugasan pertama yang perlu dilakukan oleh peserta. Peserta dikehendaki menggunakan platform media sosial mereka bagi mempromosikan produk terpilih mengikut garis masa ditetapkan. Di akhir tugasan, Datuk Aznil akan membuat penilaian keseluruhan dengan mengambil kira beberapa aspek iaitu hasil jualan, jumlah tontonan, kreativiti dan interaksi.

Program selama 10 minggu ini akan memberikan peluang kepada setiap peserta untuk tampil dengan idea tersendiri dalam mempromosikan produk terpilih seperti Apotec, Dking, Koolit, MUCA, Nak Beli, Nilofa, Niqa Hijab Wish, Surya dan Swiss Image di platform media sosial masing-masing serta mendapat bimbingan eksklusif oleh Datuk Aznil. Kemuncaknya hanya 10 peserta sahaja akan mara ke peringkat akhir.

Juara bagi program ini akan menerima wang tunai RM50,000. Diikuti dengan RM15,000 (naib juara), RM8,000 (tempat ke-3), RM5,000 (tempat ke-4) dan RM3,000 (tempat ke-5). Kesemua lima peserta ini juga akan mendapat peluang diketengahkan di platform hurr.tv untuk menjadi hos bagi program sedia ada serta beberapa kandungan terbaharu.

Saksikan tugasan menarik yang diberikan setiap minggu kepada peserta dan bagaimana Datuk Aznil akan membentuk mereka untuk tampil yakin dan hebat dalam pencarian hos live streamer terbaik Malaysia pada Khamis, 8.30 malam.

MENGENAI HURR.TV

Inginkan kandungan original yang berunsurkan hiburan, urban, relevan dan realiti? hurr.tv adalah definisi tepat dengan kandungan yang menggambarkan keunikan di Kuala Lumpur. hurr.tv adalah laman gaya hidup dan platform strim video yang membolehkan anda menonton pada mana-mana peranti yang mempunyai internet secara on the go. Kami membawakan anda kandungan dalam talian yang memenuhi selera penonton muda Malaysia. Dengan memaparkan personaliti media sosial dan selebriti, tumpuan kami adalah untuk menyajikan hanya yang terkini dan trending. Kami memastikan segalanya realiti dengan mengutamakan kandungan yang menarik memfokuskan kepada perkembangan terkini fesyen, kecantikan, kesihatan, gaya hidup dan isu kontemporari dengan gaya yang lebih santai. Terbaharu, hurr.tv turut memperkenalkan laman e-dagang Nak Beli yang memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga terendah.

Dilancarkan pada 2016, hurr.tv sehingga kini telah mendapat lebih 86.2 juta tontonan dan 517 ribu pengikut di YouTube. Dengan kandungan program original dan menghiburkan seperti LimaLeTop, Nak Beli Lelong Live, Muzik Jam, K-Poppers, Makan Apa?, In & Out KL dan Instafamous Battle, hurr.tv muncul antara laman hiburan dan gaya hidup utama Malaysia yang memaparkan personaliti terkenal seperti Ain Edruce, Faizdickie, Zack Merican, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Naim Daniel, Tasnim Shah, Cupcake Aisyah dan ramai lagi.

What do you think?

24 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus

Kembali Meriahkan Industri dengan Lagu Balada, Naim Daniel Lancar Single PURNAMA