in ,

Kembara ke Pusat-Pusat Pengajian Agama di Indonesia Dalam SANTRI SERUMPUN

Kembara ke Pusat-Pusat Pengajian Agama di Indonesia Dalam Santri Serumpun di TV1

Bersama pengacara Imam Muda Nazrul menjelajah ke beberapa buah daerah di Indonesia membuat lawatan ke beberapa buah pesantren terpilih menerusi program “Santri Serumpun” yang sedang sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV1.

13 episod siarannya membawa kepada penonton perkongsian maklumat dan gambaran lanjut berhubung dengan sejarah, keistimewaan, kekuatan, aktiviti para pelajarnya dari sudut pengajian dan kegiatan ko-kurikulum harian mereka.

Santri Serumpun TV1

Ia bermula dengan lawatan ke Pondok Pesantren al-Qur’an al-Falah di Bandung, Jawa Barat. Beliau memberi penjelasan bahawa perkataan pondok asalnya adalah tempat penginapan para pelajar di sesebuah pusat pengajian agama suatu ketika dulu. Namun dengan peredaran masa pusat-pusat pengajian ini telah dibangunkan secara lebih tersusun dengan mengekalkan fungsi terasnya. Hasil dari temubual bersama pihak pengurusan pesantren, dijelaskan bahawa pesantren ini memberi fokus kepada dua bidang iaitu diniyyah dan muamalat.

Kemudiannya lawatan diteruskan ke Pesantren Yayasan Misbahunnur di Bandung. Pihak pengurusan pesantren menyatakan bahawa selain daripada hafazan sebagai subjek teras, ia juga memberi penekanan kepada pengajaran komputer, sesuai dengan keperluan semasa. Di masa lapang para pelajarnya digalakkan beriadah supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan cergas. Khitobah atau pidato adalah salah satu daripada subjek yang diberi penekanan di pesantren ini yang bertujuan membina keyakinan kepada para pelajar.

salah satu episod Santri Serumpun

Perjalanan singgah ke Pondok Pesantren Darut Tauhid. Pesantren ini memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu Diniyyah, Muamalat dan Kemasyarakatan. Di pesantren ini ditawarkan kursus jangka pendek dan jangka panjang serta kursus atau kelas pengajian dewasa selama tempoh 40 hari. Para pelajar juga diajar melengkapkan diri dengan ilmu pertanian, memanah dan berkuda iaitu aktiviti yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w. Selain daripada itu pesantren ini juga menyediakan kemudahan stesen radio FM untuk menyampaikan syarahan-syarahan agama kepada masyarakat setempat.

Ada juga lawatan ke Pondok Pesantren al-Ittifaq di Ciburial Desa Alamendah, Bandung, Jawa Barat. Pihak pengurusan pesantren menyatakan bahawa selain daripada hafazan sebagai subjek teras, ia juga memberi penekanan kepada pengajaran ilmu akhlak sebagai asas. Pesantren ini menekankan kepada dua bidang utama iaitu Salafiah di mana para pelajarnya akan diperkenalkan kepada ilmu pertanian dan pemasaran selain bidang teras pesantren. Manakala Khalifiah pula mengkhusus dalam bidang akedemik dan pengajian teras pesantren. Para pelajarnya ada yang tinggal di asrama dan kepada pelajar yang tinggal berhampiran mereka berulang dari rumah.

Pengacara kemudiannya meneruskan lawatannya ke Pesantren Yayasan al-Basyariyah di Bandung. Pihak pengurusan pesantren menyatakan bahawa pesantren ini mempunyai empat buah kampus. Selain daripada hafazan sebagai subjek teras, ia juga memberi penekanan kepada pengajaran akhlak. Pesantren ini mempunyai tiga peringkat pengajian iaitu thanawiyah, aliyah dan diniyah. Disiplin amat diberi perhatian supaya pesantren dapat melahirkan warga yang berakhlak mulia.

Saksikan juga perkongsian menarik kunjungan ke Pondok Pesantren Bina Insan Mulia yang diurus tadbir oleh sebuah yayasan, Pondok Pesantren al-Bahjah di Cirebon, Jawa Barat, Pondok Pesantren Miftahul Muta’allimin di Babakan Chiwaringin, Cirebon, Jawa Barat, dan Pondok Buntet Pesantren di Desa Medakulon, Daerah Buntet, Cirebon, Jawa Barat.

Tidak ketinggalan lawatan ke Pondok Pesantren Yatim Piatu Daarul Jannah, Pekan Sari, Bogor, Jakarta, yang menempatkan seramai 20 orang pelajar terdiri dari anak-anak yatim. Begitu juga Pondok Pesantren Muallaf Yayasan An-Naba’ iaitu sebuah pesantren yang dibina dan diuruskan oleh seorang muallaf. Pesantren ini dibina sebagai sebuah penempatan sementara dan pusat pengajian para muallaf dan satu-satu seumpama ini di seluruh Indonesia.

Imam Muda Nazrul dalam Santri Serumpun1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ingatkan ‘GrabCar’ Rupa-Rupanya Kereta Sufian

Selebriti Popular Bakal Meriahkan Premiere Program Raya Astro 2018