in

Selebriti Popular Bakal Meriahkan Premiere Program Raya Astro 2018

Syukur ke hadrat Ilahi, sudah seminggu kita menjalani ibadah bulan puasa pada tahun ini. Bermula dari 12 Mei lalu, pelbagai pengisian menarik dan program-program hebat telah disusun dan disajikan di saluran ‘Ramadan HD’, untuk santapan rohani di bulan penuh keberkatan ini.

erra-fazira-bertudung

Tampil serba baharu dengan mengangkat tema Meriah Bersama untuk menerajui kempen tahun ini, pihak Astro dengan berbesar hati meneruskan kesinambungan program-program istimewa yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak dengan membariskan pula seleksi program Syawal menarik daripada pelbagai genre berbeza bagi menyemarakkan tradisi sambutan hari lebaran untuk tahun ini.

Di majlis ini kelak, secara eksklusifnya Astro akan mempertontonkan sedutan ringkas program-program hebat yang bakal menemui penonton di sepanjang Aidilfitri yang akan datang ini. Istimewanya lagi, buat julung kalinya juga, Astro akan menyiarkan tayangan perdana video eksklusif Raya Astro 2018.

bocey-green

Di antara barisan artis dan selebriti yang akan hadir meriahkan majlis termasuklah Dato’ M. Nasir, Amy Search, Rozita Che Wan, Mira Filzah, Emma Maembong, Kamal Adli, Ruffedge, Erra Fazira, Elfira Loy, Jihan Muse, Ungku Hariz, Siti Saleha, Ungku Ismail Aziz, Lisa Surihani, Yusry KRU, Hael Husaini, Atiqah Suhaime, Cik Manggis (De Fam), Siti Nordiana, Dafi, Aisyah, Hazami, Lan Solo, Haida, Liza Hanim, Elyana, Afifah Nasir, Ain Edruce, Hisham Hamid, Eina Azman, Anzalna Nasir, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Juliana Evans, Mawi, Indah Ruhaila, Amylea, Zahid, Syamel, Marsha, Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Elvina Mohd, Jasper Supayah, Kartina Aziz, Sabrina Ali, Vicha, Datuk Rahim Jailani, Syatilla Melvin, Raja Afiq, Ziela Jalil, Sabri Yunus, Mark Adam, Mat Dan, Wan Sharmila, Kumpulan Bocey, Dato’ Ramli MS, Nasir Bilal Khan, Kumpulan Zero, Ajak dan Shahrul Shiro, Ara, Ruhainees, Zahiril Adzim, Mizz Nina, Qi Razali, Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Aiman Hakim Redza, Siti Elizad, Zahira Mc Wilson, Fauziah Ahmad Daud, Fazlina Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shah Iskandar, Alvin Chong, Luqman Hafidz, Yana Samsuddin, Diana Amir, Nazim Othman, Amyza Adnan, Hafreez Adam, Zara Zya, Nurul Syuhada Nurul Ain, Azad Jasmin, Eyra Syazira, Reen Rahim, Bell Ngasri, Sharonizam, Asad Motawh, Ismail Izzani, Sweet Qismina, Adam Lee, Lydiawati, Adeep Nahar, Fitri Haris, Heliza & Hazwani Helmi, Hijjaz, Mirwana dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kembara ke Pusat-Pusat Pengajian Agama di Indonesia Dalam SANTRI SERUMPUN

Difitnah Punca Nazim & Bella Cerai, Ini Jawapan Elfira Loy