in , ,

AKIM & THE MAJISTRET Gegar DEWAN FILHARMONIK PETRONAS!

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), terletak di Menara Berkembar PETRONAS, bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa menampilkan Akim & The Majistret pada Isnin, 20 Februari 2017 jam 8.30 malam.

Setelah penyanyi rock Faizal Tahir menggegarkan pentas yang sama dua tahun lepas, kini giliran Akim & The Majistret yang akan memasuki senarai artis/kumpulan muda yang diberi peluang membuat konsert solo di DFP selepas Yuna, Najwa, Aizat, Hafiz, Hujan dan Dayang Nurfaizah, yang telah menyerlahkan bakat seni yang hebat di dewan yang dikenali dengan tahap akustika yang tinggi.

AKIM & THE MAJISTRET

Ini juga merupakan langkah DFP untuk menghargai bakat seni tempatan dan memberikan mereka platform untuk mempamerkan bakat mereka, sejajar dengan matlamat DFP untuk mempersembahkan muzik pelbagai genre untuk menarik golongan muda.

Dilahirkan pada tahun 1991, Akim merupakan seorang penyanyi dan komposer muda yang pantas mendaki puncak di persada seni tanahair setelah memenangi tempat ketiga dalam program realiti Akademi Fantasia pada tahun 2009. Album sulungnya yang bertajuk Akim Ahmad diedarkan pada tahun 2012 mengandungi lagu-lagu ciptaan beliau.

Pada tahun 2014, beliau menubuhkan kumpulan pop-rock, Akim & The Majistret, merangkumi pemuzik-pemuzik dari beberapa kumpulan yang sedia terkenal. Bersama-sama, mereka melancarkan album perdana berjudul Patriot pada tahun 2015 yang mencatat kejayaan besar; ia mengandungi lagu-lagu hits seperti Mewangi dan Potret, menjuarai hampir kesemua carta-carta radio tempatan dan melayakkan mereka menerima beberapa anugerah muzik berprestij.

Dikenali dengan persembahan yang cukup bertenaga, kumpulan ini telah memenangi kategori Duo/Kumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk dua tahun berturut-turut (2014 dan 2015). Mereka juga telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 2016.

Akim, secara peribadi, telah memenangi Vokal Lelaki Terbaik dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2014 dan 2016. Beliau juga dinobatkan sebagai Komposer Berpotensi di Anugerah MACP pada tahun 2014. Pada bulan Disember tahun lepas, beliau telah membuat persembahan di anugerah berprestij Merdeka Award di DFP, berkolaborasi dengan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra.

Untuk konsert di DFP ini, Akim & The Majistret dijangka membawa peminat-peminat menyusuri perjalanan seni mereka menerusi lagu-lagu hit antaranya Potret, Obses, Mewangi, Bengang, Janji dan Anugerah.

Kumpulan ini dibarisi oleh gitaris Zimie, Beby dan Gjie, Faoq (bass), Afiez (keyboard) dan Rajwan (dram).

Tiket-tiket berharga RM120 dan RM150 boleh didapati di kaunter Box Office DFP atau layari www.mpo.com.my.
DFP boleh memuatkan seramai 900 orang pada satu masa.
Maklumat Konsert

Tarikh
Isnin, 20 Februari 2017 jam 8.30 malam
Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS

Artis/Kumpulan
Akim & The Majistret

Harga Tiket
RM120 dan RM150

Waktu Operasi Box Office
Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)
Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)
Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: [email protected]
Laman Web MPO: www.mpo.com.my
Facebook: fb.mpo.com.my
Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

AKIM & THE MAJISTRET

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Salma Juara Pentas Epik 3 Juara Bawa Pulang RM100,000

Anuar Zain Lebih Teruja Anjurkan Album Tour 2017