in

Telemovie RODA CEKETENG Lakonan Sari Yanti & Talha Harith

Pernahkah anda mendengar tentang perlumbaan ceketeng? Mungkin ada juga yang pertama kali mendengarnya. Hakikatnya ia tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan di Johor. Ceketeng merupakan gerabak pengangkut hasil pertanian buatan penduduk tempatan yang menggabungkan komponen enjin motosikal dan kereta serta gerabak pengangkut.

Namun hasil kreativiti anak tempatan, ceketeng kini bukan sahaja digunakan untuk mengangkut hasil pertanian tetapi menjadi sukan perlumbaan bermotor. Kisah unik ini diangkat menjadi jalan cerita dalam telemovie bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Roda Ceketeng” pada 28 Julai ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2.

telemovie Roda Ceketeng angkat sukan rakyat yang popular di Johor

Telemovie RODA CEKETENG Angkat Sukan Rakyat di TV2

Menampilkan pelakon Sari Yanti, Talha Harith, Kazar Saisi, Adam Shahz dan Amir Raja Lawak, ikuti drama kekeluargaan mengisahkan konflik antara seorang anak dengan ayahnya yang tidak bersetuju dengan cita-cita anaknya untuk menjadi pelumba moto lasak.

Kisahnya bermula dengan niat Norman untuk menjadi pelumba motor lasak mendapat tentang ayahnya Pak Jamil sehingga beliau dihalau dari rumah. Namun tidak lama membawa hatinya yang kecewa di bandar, Norman merancang pulang ke semula ke kampung akibat kesempitan wang. Begitu pun hajatnya tidak kesampaian apabila beliau tercedera semasa berlumba motor.

Beliau kemudiannya menumpang di rumah Johan dan tidak mahu kembali ke rumahnya kerana terkenangkan kisah dahulu dihalau ayahnya. Pak Jamil pula tetap dengan egonya walau dipujuk isteri dan anak perempuannya.

Taib merupakan dalang yang sering memfitnah Norman kerana beliau ingin mencuri hati Sarah yang merupakan buah hati Norman. Sarah menghadiahkan sebuah Ceketeng buat Norman untuk memasuki perlumbaan Ceketeng Tahunan yang diadakan di kampungnya yang pernah dimenangi oleh Pak Jamil sebanyak 3 kali berturut-turut.

Ceketeng Norman telah disabotaj dan Pak Jamil menarik diri daripada perlumbaan dan memberi Ceketengnya untuk digunakan Norman. Pak Jamil menyuruh Norman kembali ke rumah dan menghadiahkannya sebuah motosikal lasak sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya.

Sari Yanti...antara pelakon

babak dalam Roda Ceketeng

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokal Hebat Siti Nordiana & Jaclyn Victor dalam NISAN CINTA

Travelog Jelajah Busking BUSKERS BERSAMA SAIFUL APEK