in

Reza Mohamed Jadi Penyampai Radio Suria FM

Sebelum ini, kita disogokkan dengan khabar angin mengatakan bekas penyampai radio Era FM, Reza Mohamed telah menerima tawaran untuk menjadi penyampai Suria FM yang baru. Dan beberapa hari lalu, berita ini disahkan oleh orang kuat Suria FM sendiri. Pengumuman Reza Mohamed menyertai Suria FM akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Reza

Tahniah buat Reza Mohamed. Semoga terus sukses sebagai penyampai di konti Era.

Berita ini diakui sendiri oleh Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar (Subi):

“Pemilihan Reza dibuat selepas melihat kredibilitinya yang pandai menarik perhatian sasaran pendengar dengan celotehnya yang bersahaja. Malah ketika dia mengacarakan program realiti Pilih Kasih di TV2 baru-baru ini, pihak kami telah memintanya datang ke studio untuk melihat keserasiannya sebagai penyampai radio Suria FM. Sekarang ini, dia sedang menjalani beberapa latihan sebelum memulakan tugas,” ujarnya.

Sebelum ini, Reza Mohamed mengakui keputusannya meninggalkan stesen radio Era pada bulan Disember lalu adalah kerana mahu berehat selain tidak menolak mempunyai sedikit masalah apabila ada pihak tertentu yang kurang senang dengannya.

“Di mana saja kita berada, tipulah kalau tiada masalah dengan tempat kita bekerja. Paling tidak pun orang lain yang sengaja mencari masalah dengan kita. Apa-apa pun, biarlah itu menjadi rahsia saya. Keputusan meninggalkan Era FM dibuat kerana saya mahu berehat seketika. Lagipun sekarang ini saya sibuk menguruskan Patung Studio, iaitu sebuah studio tarian yang ditubuhkan di bawah syarikat saya sendiri, Rezakey Management.”

Sekali lagi, Budiey nak ucapkan tahniah buat Reza. Dengarnya, Reza akan diumumkan secara sah kepada media di satu Majlis Berbuka Puasa Suria FM yang akan dianjurkan tak lama lagi.

Sementara itu, ada khabar angin mengatakan Reza akan mula bekerja di Suria FM pada 1 Ogos ini. Reza dijangka akan ke udara bsama Myra dalam Menu Ceria Suria. Itu pun kalau tak silap Budiey la ya.

Tarikh 1 Ogos ini sebenarnya telah disahkan dengan kenyataan Reza dalam Facebook miliknya:

Bermula 1 Ogos ini, hanya tambah 000.20fm di frekuensi radio terdahulu!

Bersiap sedia dengan kaca mata hitam anda! Sesuatu yang akan Menceriakan Duniamu bermula 1 Ogos ini!

Ini menjadikan Reza sebagai bekas penyampai radio Era yang ke-3 menyertai Suria FM selepas Halim Othman dan Linda Onn.

Selain jadi penyampai, Reza juga berpasangan bersama Marsha Milan Londoh sebagai pengacara dalam program Propaganza di Astro Ria & Mustika HD setiap Ahad.

Reza

Reza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melinda Looi Lancar Koleksi Baju Raya 4Seasons Aidilfitri

Rizal Ayub Tiada Masalah Dengan Tunang