in

Rizal Ayub Tiada Masalah Dengan Tunang

Pada 24 Julai yang lalu, Budiey telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Anjuran Federal Hotels International dan Aquila Emas bersama Media & Anak-Anak Yatim.

Seperti tahun lepas, bagaikan mengulangi sejarah, Budiey dan media diperkenalkan dengan beberapa orang lagi artis baru yang bernaung di bawah Aquila Emas. Antara mereka ialah Azalea Firash, Mike Ho, Saniza Sabran, Zyra Sabri, Eva Emmanyna, Amy Jueliet, Riaz Sapian, Akhmar Ridhwan (bekas peserta On Air), Ixora Chern dan tak lupa artis yang dah lama bertapak seperti Zizan Nin, Juliana Ibrahim, Rizal Ayub dan yang tak dapat hadir Tony Eusoff yang kini sibuk berlakon teater di Singapura.

Artis Aquila Emas

Budiey sempat borak-borak dengan Rizal yang dah tak sabar nak pulang beraya di Kuching Sarawak pada tahun ini. Seperti tahun lepas, pastinya tanggungjawab sebagai anak takkan dilupa. Namun, yang seronoknya, beberapa orang adik-beradiknya dah siap sedia dengan hadiah baju Melayu raya untuk Rizal. Beruntung sungguh Rizal ni.

Budiey sempat sentuh sikit, tentang benda personal seperti bila Rizal nak kawin. Rizal kata, itu semua dalam perancangan. Dan kini, Rizal Ayub yang kini dah berlakon dalam 15 buah drama yang rata-ratanya di stesen TV RTM ini telah bertunang dengan seorang pengurus di sebuah syarikat penerbangan Firefly bernama Maria Mohd Harun, 30 tahun, sekitar Februari lalu. Katanya, insyaallah, dia akan berkawin dalam masa 2-3 tahun lagi, tengok keadaan juga. Yang penting, Rizal kini mahu mengukuhkan namanya sebagai pelakon dulu.

Bintang Akademi Fantasia ke-5 (AF5) ini menjelaskan yang kini dia dah cukup setahun bersama dengan Aquila Emas dan berpuas hati dengan segala kerja promosi dan senang berurusan dengan Aquila Emas.

Rizal Ayub yang berusia 25 tahun ini, berkata dia tidak mempunyai masalah dengan percintaan jarak jauh yang dialaminya kini biarpun menyedari pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi.

“Dekat atau jauh tidak menjadi masalah yang penting kami sentiasa berhubung dan mempercayai antara satu sama lain. Lagipun antara kami selalu juga berulang alik Kuala Lumpur-Sarawak.”

Rizal telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya iaitu seorang eksekutif di syarikat penerbangan Firefly, sekitar Februari.

Bagaimanapun ketika ‘dirisik’ lebih lanjut tentang tunangnya itu, Rizal banyak mengelak daripada menjawab. Pun begitu dalam pada dia berdalih-dalih dan beberapa kali cuba menukar topik perbualan, Rizal menjelaskan sebolehnya dia tidak mahu terlalu bercerita soal peribadi pada umum.

Rezeki Lebih Pada Lakonan Berbanding Nyanyian

Menyentuh mengenai karier, Rizal mengakui sambutan dingin terhadap lagunya tambahan jarang dimainkan di corong-corong radio menyebabkan dia kini lebih menumpukan pada lakonan.

Namun begitu Rizal yang sudah setahun bernaung dibawah syarikat Aquila Emas Sdn Bhd, berkata dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian sebaliknya melihat peluang yang datang sebagai ruang untuknya mempelbagaikan cabang karier.

“Setakat ini, memang tawaran berlakon lebih terbuka untuk saya berbanding nyanyian. Tapi tidak bermakna saya dah tinggalkan nyanyian. Saya masih menyanyi. Cuma buat masa ini saya lebih menumpukan pada lakonan. Lagipun kalau berlakon, banyak masa perlu diperuntukkan di set berbanding nyanyian. Tapi bagi saya, saya mahu seiringkan kedua-dua kerjaya ni”, tambah Rizal yang bakal muncul dengan telemovie Bertemu Kasih terbitan Aquila Emas Sdn Bhd.

Menurut jejaka kelahiran Sarawak ini, meskipun lagunya jarang diputarkan di radio, namun ldia tidak terlalu bimbang kerana sekurang-kurangnya single berjudul Suatu Ketika Dulu pernah dijadikan lagu tema untuk drama bersiri Kekasihku Puyu di saluran TV3. Rizal turut berlakon dalam drama tersebut.

“Saya sedar yang lagu saya jarang diputarkan di corong radio. Tak dinafi rasa kecewa juga lah. Mungkin kerana trend muzik juga citarasa pendengar sekarang sudah berbeza. Tapi saya percaya rezeki tu ada di mana-mana. Tidak diputarkan di radio namu ada juga beberapa tawaran yang mahukan single saya dijadikan soundtrack untuk drama-drama sebelum ini, ujarnya yang juga tidak menolak seandainya selepas ini lebih dikenali sebagai penyanyi lagu tema drama. Kerana apa yanng penting, dia tetap akan mencari jalan mempromosikan lagunya walau dalam apa cara sekalipun.

Rizal juga memberitahu dia bakal muncul dengan single terbaru dan kini masih lagi dalam proses penghasilan lagu tersebut.

Gambar Sekitar Majlis Berbuka Bersama Aquila Emas:

Artis Aquila Emas

Artis Aquila Emas

Artis Aquila Emas

Artis Aquila Emas

Artis Aquila Emas

Artis Aquila Emas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reza Mohamed Jadi Penyampai Radio Suria FM

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang & Akan Kahwin 31 Ogos Ini