in ,

Tahniah! Suria FM Raih Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024

Suria FM sekali lagi berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024 bagi kategori “Penstriman Radio Secara Langsung Di Malaysia” pada 30 Mei 2024 (Khamis) di Crowne Plaza Changi Airport, Singapura.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), beliau meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan berprestij ini. 

“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan antarabangsa daripada Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024. Saya percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen padu daripada anak-anak buah saya di Suria FM yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk dan kandungan yang berkualiti bagi semua pendengar setia kami. 

Tahniah! Suria FM Raih Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024

Terima kasih kepada pihak Asia-Pacific Broadcasting+ atas anugerah ini, juga kepada pendengar Suria yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dalam dunia penyiaran radio. Kejayaan ini tidak akan mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada anda semua,” ucap DJ Lin.

Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ merupakan sebuah acara menarik yang bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi & digitalisasi. Program ini terbuka kepada semua syarikat penyiaran dan rakan kongsi industri di sekitar rantau Asia Pasifik.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pavilion Bukit Jalil Dinobatkan Sebagai Gedung Beli-Belah Terbaik Dunia

Jaclyn Victor First Solo Concert Ubati Rindu Peminat Pada 12 Oktober Ini