in , ,

Resorts World Genting Rai Hari Kebangsaan dengan Aktiviti & Tawaran 

Ingin menyambut Hari Kebangsaan yang berbeza dan unik tahun ini? Jangan lihat lebih jauh lagi. Resorts World Genting yang terletak 6000 kaki di atas paras laut, menawarkan percutian yang menyegarkan dengan cuaca tenang yang sejuk dan pengalaman mesra keluarga.

Kali ini, Resorts World Genting menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran makanan menyeronokkan yang direka khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dengan #RWGMerdekaCaraKita.

Resorts World Genting Rai Hari Kebangsaan dengan Rangkaian Aktiviti & Tawaran

Pesta Trak Makanan di bawah Bintang di Resorts World Awana

Manfaatkan sepenuhnya cuti sekolah dari 28 Ogos hingga 3 September 2023, dari jam 3 petang hingga 11 malam, dengan menjamu anak-anak anda dengan pesta trak makanan yang tidak dapat dilupakan, dibawah gugusan bintang di tempat letak kereta terbuka, Resorts World Awana (RWA). Kerjasama dengan TAPAK Urban Street Dining ini akan menawarkan pengalaman makan di luar yang unik, dilengkapi dengan persembahan busking secara langsung dan cahaya unggun api, semuanya secara percuma.

Resorts World Genting Rai Hari Kebangsaan dengan Rangkaian Aktiviti & Tawaran

Mulakan pengalaman menakjubkan ini dengan ditemani oleh kucing anda. Bawa kucing anda bersama untuk pameran MEOWsome, salah satu program unik di pesta ini dan ambil peluang untuk berkenalan dengan rakan pemilik dan peminat kucing yang lain. Menambahkan lagi keterujaan, pada 31 Ogos pakaikan kucing anda dengan pakaian bertema “Patriotik” untuk pertunjukan fesyen kucing. Pendaftaran bermula pada jam 5 petang, dan pertandingan akan bermula pada jam 7 malam. Kucing yang paling patriotik akan membawa pulang hadiah yang menarik daripada Kelab Meow United.

Resorts World Genting Rai Hari Kebangsaan dengan Rangkaian Aktiviti & Tawaran

Bersiap sedia untuk rambang mata memilih trak makanan mesra Muslim kami. Antara pilihan yang menarik ialah; Nacholaslah, gabungan rasa Mexico dengan sentuhan tempatan yang menyajikan taco dan quesadilla dengan inti unik seperti rendang ayam dan daging, manakala Harimau Lok Lok menawarkan pelbagai jenis makanan yang dicucuk dengan lidi yang menyelerakan. Tidak ketinggalan, Shell Out Fusion oleh pasukan F&B RWA yang menyajikan hidangan makanan laut yang luar biasa dengan menggabungkan khazanah laut dengan pelbagai jenis sos yang lazat. Untuk menikmati setiap gigitan sepenuhnya, gabungkan ia dengan roti mantao kukus yang gebu dan halus. Bagi mereka yang meminati hidangan klasik Malaysia, terdapat Pak Tam Char Kway Teow, Mat Rock Ayam Kunyit dan juga Mimie Coconut Shake. 

Sama ada anda ingin bersantai bersama keluarga anda di malam hari, mencari makanan yang menarik bersama rakan-rakan atau ingin menambahkan sentuhan keceriaan pada Instagram anda, acara selama seminggu ini akan memenuhi semua keinginan tersebut. Persembahan busking secara langsung dari jam 5 petang pasti akan memikat hati tetamu dan melodi indah mengisi Resorts World Awana dengan rasa kemesraan dan keceriaan. Di tengah-tengah semuanya, unggun api akan dinyalakan pada jam 8 malam, memancarkan cahaya lembut di atas tempat letak kereta yang terbuka. Jangan lepaskan peluang ini untuk membakar gula-gula marshmallow anda sendiri di atas unggun api dan mencipta kenangan abadi bersama yang tersayang.

Resorts World Genting Rai Hari Kebangsaan dengan Rangkaian Aktiviti & Tawaran

Pertunjukan SkySymphony “Merdeka Cara Kita” di Tingkat 1, SkyAvenue

Pertunjukan SkySymphony yang dimainkan setiap jam dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari akan menayangkan tontonan baharu. Bersedia untuk dibawa ke dunia alternatif pada jam 8:30 malam, 30 Ogos 2023 untuk pertunjukan perdana “Merdeka Cara Kita” di mana tarian 1,001 bola kinetik digantung dari siling empat tingkat dalam irama sempurna dengan simfoni lampu, muzik dan teknologi akan dipertontonkan.

Pertunjukan ini akan menyaksikan Mia menggunakan bola futuristik dan mendarat di Kuala Lumpur moden. Dalam pengembaraannya untuk menerokai warisan budaya Malaysia, beliau diiringi oleh Awan, Siamang yang pandai menari. Mereka mengambil bahagian dalam beberapa siri aktiviti kebudayaan, yang membawa kepada persembahan akhir di Resorts World Genting bertemakan #RWGMerdekaCaraKita, meraikan kesepakatan, kepelbagaian dan keharmonian negara kita 

Resorts World Genting Rai Hari Kebangsaan dengan Rangkaian Aktiviti & Tawaran

Magis waktu malam di Gohtong Way, Central Park

Gohtong Way, Central Park yang terletak di Taman Tema Genting SkyWorlds yang dinamakan sempena pengasas kami, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Lim Goh Tong, adalah syurga percuma untuk semua peringkat umur yang akan bertukar menjadi dunia magis selepas matahari terbenam. Keluarga dan sahabat handai boleh hadir Bersama-sama untuk meraikan kesatuan hati, perpaduan dan harmoni dengan menikmati pelbagai makanan, persembahan muzik secara langsung, pertunjukan air pancut, dan juga perlawanan langsung bola sepak Liga Perdana Inggeris 2023/24.

Dari Roti Pratha Muhibbah Bro yang ikonik dengan kari ayam kepada Harimau Lok Lok dan Jom Makan yang lazat, trak makanan Gohtong Way menawarkan pelbagai pilihan makanan yang membolehkan tetamu menikmati masakan pelbagai budaya Malaysia di tengah-tengah persekitaran yang sejuk.

Gohtong Way akan dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga jam 11 malam, kecuali pada hari Selasa, melainkan jatuh pada cuti umum Malaysia. 

Resorts World Genting Rai Hari Kebangsaan dengan Rangkaian Aktiviti & Tawaran

Kiraan Detik Hari Kebangsaan di Gohtong Way

Menjelang Hari Kebangsaan, mari bersama-sama nantikan pertunjunjukan bunga api di Gohtong Way yang akan berubah menjadi pemandangan berkilauan. Sertai kiraan detik pada jam 11:59 malam dan berseronok dengan piroteknik yang menakjubkan, meraikan kemajuan dan perpaduan negara kita. Pertunjukan bunga api tertakluk kepada keadaan cuaca. Untuk maklumat lanjut, lawati www.rwgenting.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu UNTUKMU Feminin Bakal Jadi Runut Bunyi Drama GADIS MUZIKAL

Heliza Mohon Doa Ramai, Alami Detik Mencemaskan Gempa Bumi Di Kalimantan