in

Regas Premium Sabah dan BMW Malaysia Mengalukan Wakil Pengedar Terbaharu di Kota Kinabalu

Wakil pengedar baharu bagi jenama BMW dan BMW Motorrad bermatlamat untuk meneruskan perkembangan portfolio BMW Group Malaysia di Negeri di Bawah Bayu, Sabah.

Regas Premium Sabah dan BMW Malaysia pada hari ini telah membuka bilik pameran BMW dan BMW Motorrad yang terbaharu di Kota Kinabalu, Sabah.

Berucap sewaktu majlis pembukaan yang telah berlangsung, En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Usahasama dan kolaborasi dengan wakil pengedar kami seperti Regas Premium Sabah membentuk sebuah titik sentuh yang penting untuk membolehkan kami merealisasikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya bagi para pelanggan kami di Malaysia. Walaupun Regas Premium Sabah baru sahaja dilantik sebagai wakil pengedar di Kota Kinabalu, pemiliknya, Tan Brothers Machinery Company (TBMC) dan Regas Group of Companies tidak asing dengan industri automotif premium di rantau Timur Malaysia.”

Tambah Hoelzl lagi, setiap tahun, kedua-dua negeri di rantau Borneo Malaysia menyumbang kepada penjualan melebihi 500 unit kenderaan di dalam negara, dan Sabah khususnya mencatat penjualan melebihi 200 unit kenderaan, lantas membuktikan negeri tersebut sebagai sebuah titik sentuh yang penting bagi BMW.

En. Matthew Tan Pengarah Urusan dan Prinsipal Pengedar Regas Premium Sabah juga berkata, “BMW Group merupakan peneraju Mobiliti Masa Hadapan, ia menawarkan produk premium yang terbaik dan servis premium yang terbaik untuk tujuan mobiliti individual. Jenama-jenama yang mewakili pengeluar kenderaan premium tersebut juga adalah antara jenama yang paling pesat berkembang dalam segmen kenderaan premium di Malaysia melalui inovasi yang dilihat sedang menerajui industri automotif di dalam negara, atas sebab inilah ia menjadi impian kami di TBMC Group of Companies untuk mewakili BMW di Sabah.”

Pada tahun yang lalu, penyerahan unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad telah melakarkan peningkatan sebanyak 18% di Sabah berbanding tahun 2016.

Regas Premium Sabah Sdn Bhd merupakan usaha sama antara TM Vision Auto Services Sdn Bhd (iaitu sebuah syarikat subsidiari milik TBMC Group of Companies) dan Regas Group of Companies.

Regas Premium Auto ialah wakil pengedar sah bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di negeri Sarawak. Regas Premium Auto juga dilantik sebagai pengedar servis sah bagi BMW i pada tahun 2016 di negeri tersebut, dan pada tahun lepas, ia telah mendirikan fasiliti pengecasan awam BMW i yang pertama di rantau Borneo Malaysia yang terletak di CityOne Megamall Kuching.

Regas Premium Sabah akan menggantikan FM Autohaus sebagai pengedar terbaharu BMW Group Malaysia di Kota Kinabalu dan akan beroperasi di dalam fasiliti bersaiz 53,500 kaki persegi yang terletak di Jalan Penampang. Ia menawarkan rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh termasuk Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) bagi jenama BMW dan BMW Motorrad, serta fasiliti servis bagi jenama BMW i dan MINI.

Kini, BMW Group Malaysia mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 20 pengedar BMW, 8 pengedar MINI, dan 9 pengedar BMW Motorrad di seluruh negara. Regas Premium Sabah terletak di Lot 17362, Mile 3, Lido, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

About BMW EfficientDynamics
BMW EfficientDynamics was coined by BMW more than a decade ago to define the company’s long term sustainable strategy to produce fuel-saving and alternative vehicle concepts through clean production processes. It is an array of technologies that are already fitted as standard across practically the whole model range. As the manufacturer with the most comprehensive programme for reducing fuel consumption and emissions, BMW EfficientDynamics are designed to enhance the performance and driving pleasure of the vehicles at the same time. In 2007, BMW was awarded a “Green Steering Wheel” for outstanding environmental innovation for its BMW EfficientDynamics technology.

The BMW Group
With its four brands BMW, MINI, Rolls-Royce and BMW Motorrad, the BMW Group is the world’s leading premium manufacturer of automobiles and motorcycles and also provides premium financial and mobility services. The BMW Group production network comprises 31 production and assembly facilities in 14 countries; the company has a global sales network in more than 140 countries.

In 2017, the BMW Group sold over 2,463,500 passenger vehicles and more than 164,000 motorcycles worldwide. The profit before tax in the financial year 2016 was approximately € 9.67 billion on revenues amounting to € 94.16 billion. As of 31 December 2016, the BMW Group had a workforce of 124,729 employees.

The success of the BMW Group has always been based on long-term thinking and responsible action. The company has therefore established ecological and social sustainability throughout the value chain, comprehensive product responsibility and a clear commitment to conserving resources as an integral part of its strategy.

Website: www.bmwgroup.com
Facebook: http://www.facebook.com/BMWGroup
Twitter: http://twitter.com/BMWGroup
YouTube: http://www.youtube.com/BMWGroupview
Google+: http://googleplus.bmwgroup.com

About BMW Malaysia Sdn. Bhd
BMW Group Malaysia is the representative of Bayerische Motoren Werke (BMW) AG in Malaysia with activities that cover the wholesale of BMW, MINI and BMW Motorrad vehicles, spare parts and accessories as well as the overall planning of sales, marketing, after-sales, and other related activities in Malaysia. The organisation’s presence in the country includes its National Sales Centre (NSC) in Cyberjaya and BMW Assembly Facilities at the Kulim Hi-Tech Park, Kedah which supports the Malaysian region as well as the BMW Group Data Centre (GDC), BMW Group Regional Training Centre (RTC) in Cyberjaya and BMW Group Parts Distribution Centre (PDC) at the Free Industrial Zone of the Senai International Airport in Senai, Johor which supports 22 markets in the Asia-Pacific region. BMW dealership network covers 39 outlets in various cities in Malaysia.

Website: www.bmw.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/BMW.Malaysia
Instagram: http://www.instagram.com/bmwmalaysia
YouTube: http://www.youtube.com/bmwMYS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viu Malaysian Originals ‘Salon’, ‘Jibril’ & ‘The Bridge’

Drama Bersiri IMAM MUDA DARI CAIRO LAKONAN Ashraf Muslim & Reen Rahim