in ,

Qi Razali & Nelydia Senrose Kini Sah Bercinta?

[dropcap]S[/dropcap]ebelum ini baik Qi Razali, 35, mahupun Nelydia Senrose, 19, lebih senang membuat kenyataan yang mereka berkawan rapat. Terbaharu, kedua-duanya mengaku kini bercinta – hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

qi-nelydia-cinta

“Sebelum ini kami tidak pernah membuat kenyataan tentang status hubungan kami. Ya, kami memang berkawan dan saya akui hubungan dengan Nelydia sekarang bertambah rapat. Saya boleh melabelkan hubungan kami kini berada dalam peringkat proses mengenali hati budi masing-masing.”

Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu bagaimanapun memberitahu dia masih belum melamar Nelydia sebagai kekasih dan tidak pernah luahkan perasaan cinta kepada pelakon yang mula popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa itu, sehingga sekarang.

Tambah Qi, walaupun mempunyai perbezaan usia sebanyak 16 tahun, faktor usia tidak menjadi halangan buat mereka menjalinkan hubungan dengan lebih rapat.

Kedua-duanya mula berkawan sejak sama-sama berlakon dalam drama Friday I’m In Love sekitar tahun lalu dan hubungan tersebut mula menjadi lebih rapat, sejak empat bulan lalu. Awalnya, hubungan tersebut turut menimbulkan kontroversi apabila Nelydia didakwa menjadi punca perpisahan Qi dengan penyanyi Yuna. Namun Qi menafikan dakwaan itu.

“Punca utama perpisahan saya dan Yuna adalah disebabkan jarak kami yang berjauhan. Ia tidak berkaitan langsung dengan Nelydia. Dia (Nelydia) bukan orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya dan Yuna dahulu putus. Lagipun hubungan kami (Yuna) sudah tinggal sejarah dan rasanya tidak perlu lagi mengaitkan diri saya dan Yuna kerana masing-masing sudah mencari haluan hidup sendiri.” katanya.

sumber : Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eksklusif Gambar Sekitar Meet & Greet AMAzing With Amar Asyraf

Gambar Sebalik Tabir Filem The Wolverine