in , ,

MINAZ Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

“MINAZ Akhirnya Raya” Menampilkan Nelydia Senrose Ditemani Si Cantik Manis Ayana Jihye Moon Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya.

Naik turun dalam dunia perniagaan adalah perkara yang biasa. Bermula pada tahun 2010, jenama MINAZ mula diperkenalkan sebagai satu jenama fesyen modest tempatan yang memberi lebih fokus kepada wanita dan keluarga. 

Sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelanggan telah menjadi kan MINAZ antara jenama yang dikenali ramai pengguna media sosial dengan pengikut hampir 1,100,000 di semua platform. 

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

12 Tahun Yang Indah 

12 Tahun berada dalam industri bukan sesuatu yang mudah, MINAZ sendiri telah melalui tahun-tahun yang sukar sehingga hampir mengalah. Namun, MINAZ positif untuk sentiasa memberikan yang terbaik, unik dan eksklusif dengan cara kami yang tersendiri. 

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

“Insya-Allah, tahun 2022 ini bakal menjadi saksi kepulangan MINAZ kembali mewarnai industri fesyen tempatan. MINAZ Hijab telah membuka peluang rezeki yang besar buat seluruh keluarga MINAZ, Ini adalah buah tangan paling bermakna buat semua peminat,”

– Hafiza Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ.
Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

Ada Sebab Kenapa MINAZ Memilih Nelydia Senrose? 

MINAZ Hijab kini telah masuk siri ke-empat keluaran dan kami melihat tiada orang lain yang lebih sesuai menggayakan koleksi edisi istimewa Blooming Raya ini selain Nelydia Senrose. 

Sejak Nelydia mula diperkenalkan di semua platform digital MINAZ sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan respon dan pendapat yang positif terhadap pemilihan beliau kali ini. Tidak kurang juga yang mendoakan beliau untuk kekal istiqamah berhijab. 

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengan beliau,”

– Hafiza Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ.
Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

Idea untuk melantik NELYDIA SENROSE sebagai muka penghias utama kempen MINAZ BLOOMING RAYA : 

Wajah manis dan lembut sangat bertepatan dengan konsep bunga-bungaan yang dibawakan jenama MINAZ. Selain itu juga personaliti yang sopan dan lemah lembut Nelydia telah menambat hati dan MINAZ sangat yakin Nelydia dapat menarik ramai wanita untuk mengenali dan sertai keluarga MINAZ HIJAB. 

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

Selain Nelydia Senrose, Ayana Jihye Moon juga turut dilantik sebagai wajah kempen Raya MINAZ. Kenapa?

Bergelar mualaf sejak usia nya yang muda, kisah Ayana Moon telah memberikan kami inspirasi terutamanya sebagai seorang muslim yang berhijab. MINAZ ingin bawakan bukan sahaja selebriti, malah seorang ikon yang cukup dikenali dan memberikan inspirasi dengan kisah hijrahnya bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia. 

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

Pemilihan Ayana Jihye Moon dilihat sudah memenuhi kriteria gadis MINAZ yang manis, seorang yang boleh dipercayai dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. 

Dengan pemilihan Ayana sebagai wajah muka hadapan kempen ini juga membawa harapan untuk memperluaskan lagi jenama MINAZ bukan sahaja di Malaysia, malah sehingga ke negara jiran. Insya-Allah. 

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

MINAZ Kongsi Rezeki 

MINAZ HIJAB berkongsi rezeki, menampilkan Nelydia Senrose sebagai wajah utama kempen edisi Blooming Raya, percaturan MINAZ kali ini bantu lebih 4,000 agent stokis seluruh malaysia jana pendapatan dari rumah. 

MINAZ mensasarkan 5 orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun 2022 dengan cabang baru perniagaan – MINAZ HIJAB.

Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ HIJAB. 

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

MINAZ Hijab mensasarkan 2 juta helai tudung bawal terjual sehingga hujung tahun ini. 

MINAZ Hijab optimis dengan sasaran jualan 2 juta helai tudung menjelang hujung tahun ini dengan misi untuk membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan serta bangun dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. 

Sejak diperkenalkan Ogos tahun lalu, jenama MINAZ Hijab telah mula mendapat tempat dihati penggemar bawal cotton dan kini sedang menjadi bualan hangat dengan kualiti bawal terbaik yang pernah dikeluarkan. 

“Fabrik classic cotton voile ini amatlah eksklusif dan merupakan antara yang terbaik yang pernah dikeluarkan jenama MINAZ. Yang penting, bawal MINAZ, bawal mudah bentuk!”

– Hafiza Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ.

Selain berkongsi rezeki, MINAZ Hijab juga menawarkan tajaan pakej umrah tahun hadapan buat kesemua stokis dan agen yang telah mencapai target jualan bagi tahun 2022. 

MINAZ Hijab kini sedang mengisi kekosongan stokis di 3 buah negeri iaitu Melaka, Perlis & Sarawak. Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebahagian keluarga besar kami, boleh hubungi talian hotline 017-626 4858. 

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

1) TENTANG KOLEKSI MINAZ HIJAB

Koleksi ini merupakan perniagaan terbaru MINAZ. Material fabrik yang digunakan untuk koleksi ini adalah Bawal Cotton yang sangat selesa dipakai. Rekaan yang cukup menarik dan eksklusif dari MINAZ dengan kualiti kain kapas yang sangat bermutu tinggi serta pembungkusannya juga setanding dengan jenama yang sangat premium. Harga juga sangat mampu milik iaitu RM29 sahaja.

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya

2) KOLEKSI KE-EMPAT (EDISI ISTIMEWA RAYA)

Nelydia Senrose sebagai muka kempen MINAZ Blooming Raya 2022. Koleksi ini telah dilancarkan pada 31 Mac 2022, 8 jam malam. Cara untuk mendapatkan produk senang sahaja, di mana pembeli hanya perlu menghubungi stokis agent yang terdapat di seluruh negara atau dengan melayari laman rasmi www.minaz.com.my

Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya
Minaz Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dem Lepak Boyz

Langkah Pertama Dem Lepak Boyz Dengan Pelancaran ABANG DATANG

Ayu Raudhah

Sangat Praktikal! Jenama Mampu Milik byLR Sasar 12 Juta Jualan Setahun