in , ,

Eksklusif Gambar Sekitar Meet & Greet AMAzing With Amar Asyraf

[dropcap]P[/dropcap]ermulaan hari ini membawa kepada pengisian dan kejayaan untuk hari esok. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bermula dengan jumlah yang kecil, tidak bermakna ia akan statik dan tidak berkembang. Hanya usaha dan kerajinan menjadi penentuan.

Begitulah dengan sekumpulan peminat kepada pelakon Amar Asyraf yang memberikan jolokan nama AMAzing, Budiey lihat kesungguhan dan komitmen mereka dalam menyokong karier Amar Asyraf. AMAzing ditubuhkan pada 3 Mac 2013 yang lalu.

Pada 20 April yang lalu, satu perjumpaan santai penuh kemesraan telah diadakan di Paradiso, Signatures GSC, The Gardens, Mid Valley City. Setidaknya, acara Meet & Greet bersama pelakon Amar Asyraf ini berjaya mengumpulkan lebih 30 orang peminat Amar Asyraf.

Ini adalah kali pertama acara seumpama ini diadakan dan acara diisi dengan pelbagai aktiviti seperti permainan rebut kerusi Patung Beracun dan banyak lagi. Ternyata, semua peminat yang hadir sangat happy kerana dapat meramah mesra dan dapat mengenali antara satu sama lain.

Berlangsung dalam suasana yang ringkas, Budiey lihat Amar Asyraf begitu mesra dan intim dengan semua peminat yang hadir. Masa yang sesingkat itu dikongsi dengan seadilnya buat peminat beliau yang hadir.

Budiey sempat menemubual beberapa orang insan yang menjadi tulang belakang kepada majlis pertemuan peminat dengan Amar Asyraf ini. AMAzing diterajui oleh Presiden Kelab bernama Nana dan dibantu oleh Kak Sofie. Walaupun bukan mudah untuk mengumpulkan semua peminat, namun, suatu hari nanti, ianya mungkin akan jadi satu kenyataan. Cukup dengan yang ada ini untuk meneruskan sokongan padu buat perjalanan karier Amar Asyraf.

Terima kasih kepada AMAzing yang sudi menjemput Budiey untuk menghadiri majlis ini. Jangan serik-serik untuk menjemput lagi di masa akan datang ya.

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

Amar Asyraf

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Azean Irdawaty Menjalani Pembedahan Buang Tumor Selaput Otak

Qi Razali & Nelydia Senrose Kini Sah Bercinta?