in

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Perkampungan Ramadhan Bukit Jalil (PRBJ) akan berlangsung pada 20 Julai – 19 Ogos 2012 di perkarangan medan letak kereta A & B Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil adalah merupakan konsep yang julung kali di adakan bagi mewujudkan suasana kampong sebenar dengan landskap seperti Balai Raya, Musolla, Rumah kampong dan pokok-pokok yang akan dihias di Bukit Jalil sempena Ramadan.

Ia merupakan daya tarikan untuk menggamit pengunjung hadir ke PRBJ. Idea ini telah diilhamkan oleh Timeless United Sdn Bhd (TUSB) dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Sebanyak 520 ruang niaga akan disediakan kepada usahawan yang berminat untuk berniaga. Sebanyak 50 ruang niaga telah diperuntukkan untuk selebriti dan artis. TUSB telah menawarkan peluang niaga kepada Barisan Artis Nasional (BRAN) sebagai rakan usahasama menjayakan PRBJ.

Pengerusi, BRAN Y.Bhg Dato AC Mizal telah pun bersetuju untuk menyertai PRBJ dan ini merupakan projek pertama BRAN sejak ia ditubuhkan. Pelbagai program akan disediakan dan diatur oleh BRAN di sepanjang Ramadan.

Artis yang terlibat akan membuat persembahan 2 kali setiap seorang selain itu program seperti berbuka puasa, menganyam ketupat dan mengacau dodol bersama artis. Artis juga turut berniaga di ruang celebrity di sepanjang Ramadan.

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Seramai 30 orang artis yang turut hadir pada sidang media hari ini juga turut setuju dan gembira di atas peluang yang ditawarkan.

Turut hadir pada sidang media adalah Datuk Sri Dr M Kayveas, Presiden PPP sebagai tetamu turut menyokong konsep dan usahasama ini. Beliau juga memberitahu,PPP di Wilayah persekutuan akan mengadakan majlis berbuka puasa di PRBJ sepanjang Ramadan sebagai tanda sokongan kepada program ini. Datuk Zakaria, Pengerusi Eksekutif TUSB, juga menyeru kepada badan-badan korporat atau ahli-ahli politik untuk mengadakan majlis berbuka puasa di PRBJ.

Selain pengisian daripada artis, PRBJ juga turut menyediakan musolla bagi tujuan tarawikh dan sembahyang fardu kepada para pengunjung. PRBJ amat sesuai untuk dikunjungi untuk seisi keluarga. Selain membeli belah, kemudahan musolla dan berbuka puasa juga disediakan. Selain itu, perlawanan bola sepak diantara Malaysia dan Arsenal dan Manchester City juga akan berlangsung pada 24 July dan 30 July dan dijangkakan 160,000 pengunjung bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Ruang niaga yang ditawarkan telah pun mendapat sambutan daripada para peniaga dan dijangkakan dengan kehadiran artis dan perlawanan bola sepak akan menjadi lebih baik untuk para peniaga meraih pendapatan lebih.

Tawaran niaga masih lagi di buka dan sekiranya masih ada lagi permintaan di luar sana untuk menyertai PRBJ silalah menghubungi secretariat PRBJ di talian 016-2092316 atau 017-3989871.

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Saida

Saida

Salamiah Hassan

Salamiah Hassan

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

AC Mizal Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Watie Elite

Zur Eda

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Kool Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Perkampungan Ramadan Bukit Jalil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Second Edition Wedding Music Series The Wedding Album 2

Senarai Pencalonan GOLDEN AWARDS 2012