in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem THE GENTLEMEN

Anda mahu menang sebuah set persalinan bernilai RM4,867 tajaan LORD’s Tailor, korang yang hadir hanya perlu bergaya dengan suit lengkap ala-ala seorang gentlemen di Tayangan Premiere Filem The Gentlemen dan jangan lupa untuk menyertai peraduan POSE, POST n WIN’ semasa tayangan premiere filem ini pada 11 Februari ini. Mana tahu rezeki korang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem Hollywood yang dibintangi oleh ramai pelakon kelas A berjudul THE GENTLEMEN.

Nampaknya, tahun 2020 nampaknya sangat meriah apabila kita dapat menyaksikan banyak sekali filem menarik yang akan berada di pawagam. Antaranya sebuah filem yang padat dengan aksi yang berkonsepkan jenayah. Nah! kepada anda yang nak menang pass menonton filem yang ditunggu-tunggu ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang! 

Gentlemen_Poster27x39
Poster Filem THE GENTLEMEN

Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Matthew McConaughey, Charlie Hunnam, Henry Golding, Michelle Dockery, Jeremy Strong, Eddie Marsan, Colin Farrell, Hugh Grant dan ramai lagi.

Jika anda melihat senarai nama pelakon di atas ini, pastinya anda nampak, terselit di situ adalah nama seorang pelakon yang berasal dari Malaysia. Beliau tidak lain tak bukan, Henry Golding. Kali ini beliau memegang peranan sebagai seorang gangster. Kalau nak tengok bagaimana Henry Golding bawa peranan gangster, kenalah tonton filem yang diarahkan oleh Guy Ritchie ini. 

Sinopsis Filem THE GENTLEMEN

Mickey Pearson, seorang ekspatriat Amerika yang menetap di London, menjadi kaya raya dengan menjual ganja di bandar itu. Kini dia merancang untuk menjual empayar ganja yang menguntungkan itu, dengan menawarkan nilai USD400 juta kepada kenalan-kenalan Amerikanya.

Namun apabila orang lain, termasuk gangster dari kartel dadah Oriental, mendapat tahu mengenai tawaran itu, mereka mula merancang untuk merampas haknya. Ia telah menyebabkan pertumpahan darah yang Pearson tidak jangkakan.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 13 Febuari 2020.

Gentlemen_MIS_1920x1080

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 40 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak penuh aksi ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 29 Januari 2020 (Hari Rabu). Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THE GENTLEMEN yang telah ditayangkan di Youtube: https://youtu.be/fYq8J7wPhmA

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni. Untuk pembaca yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Peraduan Premiere With Budiey Menonton THE GENTLEMEN

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 40 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Anda mahu menang sebuah set persalinan bernilai RM4,867 tajaan LORD’s Tailor, korang yang hadir hanya perlu bergaya dengan suit lengkap ala-ala seorang gentlemen di Tayangan Premiere Filem The Gentlemen dan jangan lupa untuk menyertai peraduan POSE, POST n WIN’ semasa tayangan premiere filem ini pada 11 Februari ini. Mana tahu rezeki korang! Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
11 Febuari 2020 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE GENTLEMEN – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #thegentlemen

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #thegentlemen kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan THE GENTLEMEN – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem THE GENTLEMEN

Tarikh tutup peraduan:

10 Febuari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 13 Febuari 2020 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Filem RATU KALA JENGKING: PUTERI KERANDA

Mahu Menang Percutian di Lokasi Menakjubkan, Sertai Peraduan 12 BULAN 12 DESTINASI Anjuran Nu-Prep