in ,

LoveLove OMG!OMG! WinWin

Tentang Filem RATU KALA JENGKING: PUTERI KERANDA

‘Angkat Kisah Legenda Cik Siti Berkahwin 99 Kali’

Nadia Brian

Berdasarkan beberapa kisah legenda yang terkenal, pastinya kisah mengenai seorang wanita yang berkahwin sebanyak 99 kali antara yang sering diperkatakan. Malah, kisah legenda mengenai wanita yang bernama Cik Siti ini sebenarnya cukup popular dalam kalangan masyarakat terutama di daerah Kota Tinggi, Johor.

Sehubungan itu, A. Aida Production telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan sebuah filem berjudul Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang diinspirasikan kepada kisah legenda berkenaan.

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda

Akan ditayangkan di pawagam pada 27 Februari ini, filem arahan Bade Hj Azmi itu menampilkan Nadia Brian selaku teraju utama yang membawakan watak Cik Siti. 

Menurut Nadia, antara sebab utama dia teruja untuk membintangi filem berkenaan kerana kisah legendanya itu sendiri mengenai seorang wanita yang pernah memiliki 99 orang suami dan semuanya mati pada malam pertama.

“Apabila mendengar sahaja tajuk filem ini, ia sudah membuatkan saya teruja. Apatah lagi, ia merupakan sebuah kisah mitos rakyat jelata yang sangat terkenal dan menjadi sebutan ramai.

“Bagaimanapun, bukan mudah untuk saya mendalami watak Cik Siti ini. Namun, sepanjang sebulan menjalani penggambaran, saya telah cuba berikan yang terbaik agar berjaya membawakan watak ini dengan berjaya,”

– Nadia Brian

Selain menampilkan Nadia sebagai teraju utama, filem berkenaan turut menampilkan ramai pelakon lain seperti Amar Ashraf, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Octavia Manrose, Eyra Hazali dan penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Firman Siagian.

Ujarnya, sebagai filem pertama lakonannya dengan memegang watak utama, ternyata ia perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi. 

“Membawakan watak sebagai Cik Siti ini memberikan satu cabaran yang tersendiri kerana perlu pandai bersilat dan berani berhadapan dengan binatang berbisa.

“Sebelum penggambaran saya dah tahu ada babak bersama ular dan kala jengking, tetapi ingatkan ia menggunakan teknik CGI. Namun ketika penggambaran, barulah saya diberitahu saya perlu melakonkan sendiri babak bersama bintang-bintang tersebut,”

– Nadia

Dalam pada itu, Bade selaku pengarah pula menyatakan ia satu peluang apabila ditawarkan oleh Datuk A. Aida sendiri untuk menghasilkan filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda ini.

Ujarnya, ini merupakan kali pertama buat dirinya mengarahkan filem bergenre sebegini dan yakin ia mampu menghiburkan penonton, di sebalik dapat mengetahui tentang kisah legenda yang cukup terkenal itu.

“Penggambaran berlangsung selama 30 hari di Sedeli, Johor dan untuk barisan pelakon pula adalah pilihan daripada A. Aida.

“Sepanjang penggambaran semuanya berjalan dengan lancar dan gembira kerana semua pelakon telah memberikan komitmen yang baik untuk menjayakan watak masing-masing,”

– Nadia
Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda

SINOPSIS

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri. 

Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan diasering dihina dan dikeji, malah akhirnya Awang juga meninggalkannya. Cik Siti kecewa lalu berkawan dengan Nadim, pemotong kayu yang menjadi tempatnya mengadu. Mawar telah menghasut Cik Siti supaya pergi ke gunung panti untuk berubat dengan Nenek Kebayan, dengan harapan Awang akan menjadi miliknya. 

Cik Siti nekad untuk pergi berubat dengan Nenek Kebayan, meskipun ibunya melarang. Semasa ketiadaan Cik Siti, Nadim yang menjaga ibunya siang dan malam. Terharu dengan kebaikkan Nadim, ibu Cik Siti telah berjanji yang dia akan mengahwinkan Nadim dengan Cik Siti. 

Sementara itu, Cik Siti meredah hutan belantara tiga hari tiga malam, sehingga dia berjumpa dengan Nenek Kebayan yang bersetuju mengubati penyakitnya, tetapi dengan syarat Cik Siti tidak boleh menderhaka dan mengecilkan hati ibunya. Sekiranya melanggar pantang, Siti akan menerima akibatnya. 

Cik Siti bersetuju dan terus berubat. Dia juga menuntut ilmu kebatinan. Setelah menuntut selama 99 hari, terdapat perubahan pada wajahnya. Mukanya licin dan cantik berseri-seri seperti bulan purnama. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa saksikan filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 27 Februari 2020.

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda

BARISAN PELAKON

NADIA BRIAN                                        – Cik Siti

DATUK FIZZ FAIRUZ                               – Pak Kulim

AMAR ASHRAF                                      – Nadim

MAS KHAN                                            – Awang

FIRMAN SIAGIAN                                   – Firman

EYRA HAZALI                                         – Mawar

OCTAVIA MANROSE                              – Teratai

DAYANG AREEDA                                  – Nenek Kebayan

APRENA MANROSE                               – Ana

FAUZIAH NAWI                                     – Mak Embun

ROSLAN SALLEH                                    – Tok Ketua

DATUK AHMAD TARMIMI SIREGAR        – Tok Imam

RAJA AZMI                                            – Mak Kiah

TAHA WAHID                                        – Sulong

MAK WAN LATAH                                  – Mak Limah

REZA HASBI                                           – Mamat

PUTRA AMARIS                                     – Dolah

AZAM PITT                                            – Samad

AMAN NASSIM                                      – Taha

MAS HADZEEM                                     – Amin

LAN SIRO                                              – Daud

KHATY AZEAN                                       – Mak Esah

AFZAN                                                  – Alias

QAZEM NOOR                                       – Tok Dukun Sidek

MAAROP                                              – Tok Dukun Kasim

BADRUL MUHAYAT                               – Badrul Muhayat

AISYAH ATAN                                        – Aisah

IKHLAS JALIL                                         – Malik

NAFIEZ ZAIDI                                         – Adam

FAD ANUAR                                          – Orang Bergerutu

PRODUKSI

Penerbit                                               – Datuk A. Aida 

Pengarah                                              – Bade Hj Azmi

Penerbit Eksekutif                                – Rositah Deros

Pengarah Seni                                      – Mohd. Habibullah Mohd. Zin

Jurukamera                                          – Mohd. Faizal Mohd. Ali

Solekan                                                            – Azlina Mohd. Aris

Pengurus Produksi                                – Mohd. Shafiq Bakhri

                                                            – Taha Wahid

Wardrobe                                             – Siti Mahanifa Mohd. Diah

Terbitan                                               – A. Aida Production Sdn. Bhd.

What do you think?

50 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem BIRDS OF PREY

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem THE GENTLEMEN